ANWAR KE SUNGAI BULOH - BERSALAH MELIWAT SAIFUL



KRONOLOGI DI ISTANA KEHAKIMAN PUTRAJAYA - LIWAT II.

10:00 PAGI: Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria mula membacakan keputusan mahkamah.

11:00 PAGI: Berlaku sedikit kekecohan apabila lelaki yang sama dilaporkan media pagi tadi, Huzaifah Shubli berbalas perang mulut dengan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penyokong Anwar dikatakan berang apabila lelaki berkenaan mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti tidak memihak kepada ketua pembangkang itu. Namun, Huzaifah menafikan beliau penyokong Saiful Bukhari Azlan mahupun kerajaan. "Najib buat silap juga," ujarnya sambil menunjukkan dompet yang berisi sedikit wang bagi menafikan dirinya dibayar pihak tertentu. Ketika ditanya apa yang mendorongnya sehingga berani tampil seorang diri di khalayak penyokong Anwar, Huzaifah berkata dirinya hanya perlu takut kepada Allah.

11:11 PAGI: Pasukan Unit Simpanan Khas (FRU) kelihatan bersedia di bahagian belakang mahkamah.

11:22 PAGI: Pemberita melaporkan setakat ini menunjukkan keputusan perbicaraan berpihak kepada Saiful. Malah, Pengerusi Jingga13, Fariz Musa juga ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokong Anwar,mengesahkan perkara itu. Pihak media juga mula bersedia di pintu belakang mahkamah untuk membuat liputan sekiranya benar keputusan tidak memihak kepada Anwar.

Mahkamah bersambung selepas rehat bagi mendengar rayuan Anwar untuk meringankan hukuman yang dikenakan.
Tq