Ayah Chick Akan Hadir Mesyuarat Pakatan ?

HADI AWANG TAK BOLEH ELAK, TERPAKSA HADIR JUGA MESYUARAT PR AHAD INI......
Mesyuarat Tertinggi Majlis Pimpinan Tertinggi PR dijangkakan akan berlangsung pada hari Ahad 8 Februari 2015, dua hari sebelum keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Untuk rekod kali terakhir pemimpin tertinggi PR bermesyuarat ialah lebih tiga bulan lepas yang diadakan pada 27 Oktober 2014, juga dilangsungkan sehari sebelum kes Anwar meliwat dibicarakan di mahkamah yang sama.
Semacam satu kebiasaan bagi pemimpin PR hanya akan bermesyuarat bila Anwar Ibrahim terpaksa berdepan dengan kes liwatnya di mahkamah. Maknanya dari akhir Oktober 2014 hingga akhir Januari 2015 masing-masing hanya buat hal sendiri.
Tapi itulah realitinya kerana kewujudan PR itu sendiri hanyalah untuk kepentingan Anwar semata-mata, itu puncanya bila PR berdepan pelbagai krisis, Anwar lebih banyak diam tak tahu mencari jalan penyelesaian.
Itu tanda jelas kelemahan besar Anwar dalam bab pengurusan krisis. Baru menguruskan tiga parti politik yang bergabung secara tidak rasmi pun sudah gagal, macam mana nak urus negara yang ada puluhan parti politik dengan rakyat yang anutan agama dan kaumnya berbeza?
Berbalik pada mesyuarat terakhir PR pada 8 Fabruari ini, awal-awal lagi Anwar sudah umumkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan hadir, demikian juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Kit Siang pun bijak main psiko mendesak Hadi hadir barulah dia akan datang mesyuarat PR.
Setakat hari ini Hadi sendiri belum memberi reaksi rasmi mengenai kehadirannya. Mesyuarat terdahulu Hadi dah memboikotnya sebagai protes terhadap kemelut dalaman PR yang tercetus disebabkan Langkah Kajang dan krisis MB Selangor, bagaimana kali ini?
Ramai yang faham kedudukan Hadi sekarang agak tersepit sama ada nak pertahankan maruah dirinya dan PAS yang dijadikan kambing hitam berikutan pertelingkahan dengan DAP dan PKR, atau nak jaga air muka Anwar yang awal-awal dah umum kehadirannya.
Kalau Hadi hadir nak tak nak terpaksa dia menerima hakikat sekali lagi akan meletakkan PAS sebagai balaci tukang angguk mendengar dan melaksanakan segala arahan Anwar dan DAP tentang apa yang perlu PAS buat demi kepentingan PR.
Jika sebaliknya di mana Hadi masih mengelakkan diri dari muncul dalam mesyuarat PR Ahad ini, alamatnya teruklah Hadi dan PAS terpaksa berperang sakan dengan DAP dan PKR yang tempiasnya barangkali berlanjutan memberi kesan pada pemilihan di Muktamar PAS 2015 nanti. Sanggupkah?
Sejujurnya penulis tak fikir Hadi ada keberanian untuk tegakkan haknya sebagai Presiden PAS yang berprinsip dan ada harga diri dengan melakukan boikot sekali lagi. Tekanan dari dalam dan luar PAS terlalu kuat sekarang yang meletakkan beban kekalutan dalam PR di atas bahu Hadi.
Suka atau tidak, Hadi tak boleh elakkan diri lagi. Dia kena gagahkan juga dirinya menghadiri mesyuarat PR Ahad ini. Mungkin selepas itu Hadi boleh mengharapkan penyokong PR dan PAS Anwarinas tidak lagi akan memperlekehkan dirinya.
Dari: MYKMU.NET
TAG