Bakal Calon UPSR Mengandung 7 Bulan

FOTO Hiasan
Seorang Kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan  lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika ia disekolah  sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Seperitenden Muhd Nur Hishamuddin berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu semalam.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 tahun mendakwa dirogol oleh seorang lelaki yang berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa mengandung lebih kurang 7 bulan,” katanya.


Hasil daripada laporan tersebutpihak polis menahan seorang warga emas di kediamannya pada hari laporan diterima.
TAG