Bila Dah Terdesak, Cakap Pembunuh Pun PAS Pakai



Kematian Nik Aziz dan pemenjaraan Anwar benar-benar meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada PAS. Tanpa pengganti yang cukup wibawa untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan, PAS perlu kembali bergantung kepada isu untuk terus bertahan.

Dan isu yang dipilih adalah pembunuhan Altantunya, dengan memperalatkan penjenayah yang telah disabitkan, Sirul Azhar Omar yang kini berada di Australia, setelah berbulan melarikan diri apabila menjangka dia akan didapati bersalah di Mahkamah Persekutuan kerana membunuh Altantunya.

Sudah tentu cakap Sirul nanti tidak ada apa meritnya lagi kerana dia sudah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman, PAS tahu dan semua orang pun tahu.

Apa yang PAS cuba buat sekarang ialah cipta persepsi berdasarkan air liur semata-mata tanpa sebarang bukti, 4 orang saksi dan sebagainya. Semua itu sudah tidak penting pada PAS, yang penting sekarang ialah survival parti itu perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun

Ironinya, sebelum ini PAS bersama-sama DAP dan PKR juga yang menyokong bapa Altantunya konon atas nama kemanusiaan, sekarang dia sokong pembunuh anaknya pulak.

Nampak sangat ini semua permainan politik semata-mata.

Untungnya, kepimpinan PAS tahu bahawa hampir semua penyokong mereka majoriti terdiri dari manusia berotak udang. Dalam satu hal dia sibuk 4 saksi, dalam satu hal yang lain, dia pakai pulak cakap seorang pembunuh tanpa saksi dan bukti..

Secara peribadi, penulis tidak melihat ada isu. Jika Sirul mengatakan dia diarahkan oleh seseorang untuk membunuh Altantunya sekalipun, yang ada hanyalah kata-kata dia seorang, tanpa ada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut.

Yang nyata dia tu memang pembunuh, melarikan diri ke luar negara kerana takut dihukum mati - seolah-olah dia boleh hidup selama-lamanya bila lari ke luar. Satu masa nanti, dia akan mati juga, sama ada digantung atau tidak.

Melihat kepada keseluruhan senario ini, nampak PAS ada keuntungan bila Sirul melarikan diri ke luar negara. Silap-silap, yang bayar Sirul lari dan menetap lama di Australia pun adalah PAS juga dan perkara ini perlu disiasat untuk mencari kebenarannya.

Apatah lagi, parti-parti pembangkang memang ada rekod melarikan orang ke luar negara seperti dalam kes Alvin Tan, Helmi Malik dan sebagainya.

Siasat jangan tak siasat.

http://asas2020.blogspot.com/2015/02/bila-dah-terdesak-cakap-pembunuh-pun.html?m=1
TAG