Butiran Whatapps Guling Hadi Di Dedah

KUALA LUMPUR: PAS Kuantan hari ini menampilkan beberapa imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam cubaan untuk mengukuhkan dakwaan bahawa Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli terlibat dalam komplot menjatuhkan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama dalam parti itu.

Imej perbualan yang didedahkan kepada pemberita di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut pagi tadi, sudahpun diikrar dibawah Akuan Berkanun oleh ahli PAS yang rahsiakan namanya pada 15 Disember 2014.
Ujar individu berkenaan, beliau mempunyai akses pada aplikasi WhatsApp itu, yang menggelarkan diri mereka sebagai 'LAWAN AMNO Media Baru PGS' yang kemudiannya ditukar kepada 'Hawaii Five-O'.



Kumpulan itu secara jelas dianggotai Hatta, AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Aljundi dan Mazhar Yusof serta beberapa lagi ahli yang dihitamkan namanya, dalam akuan bersumpah itu.

Menerusi perbualan kumpulan itu, Hatta dikatakan mengarahkan pengikutnya mempertahankan dua ahli PAS yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai calon Menteri Besar Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dr Hatta juga telah mengeluarkan arahan kepada ahli kumpulan dengan menggunakan istilah 'BELASAH' di dalam komunikasi itu agar ahli bertindak untuk menjatuhkan kredibiliti kenyataan yang dikeluarkan Majlis Syura Ulama melalui Setiausaha Majlis Syura iaitu Ustaz Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

"Di dalam komunikasi itu juga Dr Hatta telah memfitnah 4 orang Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor di bawah Pentadbiran Tan Sri Khalid ibrahim serta melabel mereka sebagai 'barua' serta mengarahkan ahli kumpulan supaya memasukkan gambar 4 Exco Selangor daripada PAS yang mengangkat tangan Tan Sri Khalid dengan disertakan lafaz bariah mereka bersama PAS yang mana tindakan tersebut dilihat sebagai satu percubaan saraf untuk memburukkan imej 4 Exco PAS tersebut," perinci individu yang dirahsiakan namanya dalam Akuan Bersumpah itu.

Individu ini turut menuduh Aiman Athirah sebagai pembantu Hatta dalam usaha terancang itu.

Dedahnya Aiman bertanggungjawab membuat provokasi ke atas ahli supaya ragu dan sangsi pada kepimpinan Hadi.

"Ia termasuk membuat hebahan (viral) bahawa PAS yang diterajui Tuan Guru Presiden dan ulama akan bergabung dengan Umno serta berbagai hebahan lain termasuk berkaitan isu PasMa," katanya lagi.

Sementara Mazhar pula dituduh sebagai bertanggungjawab melakukan gerak kerja saraf kepada Istana Selangor ketika negeri itu dibelit krisis melantik pengganti Khalid.

Melalui imej perbualan aplikasi itu juga jelas memamaprkan Mazhar beberapa kali dilihat mengeluarkan arahan agar meuar-uarkan isu berkenaan PasMa kepada ahli kumpulan itu.






TAG