FITNAH.. FITNAH.. FITNAH... ITU LAH PAS

FITNAH TERUS JADI AMALAN MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
Kalaulah benar keterlibatan Pas bersama kononnya bernama Persatuan Anak Terengganu di Perantauan dan Gerakan Anak Terengganu Insaf menganjurkan Wacana Rakyat di Dewan MPAJ pada 15 Februari ini sebagaimana diviralkan; amat menampakkan bahawa parti itu semakin dilanda ketandusan isu untuk menyerang BN Terengganu dan menampakkan semakin tidak professional pimpinan Pas, khususnya di Terengganu sekarang.

Mengadakan sesuatu isu yang tidak ada, kemudian dikupas dengan fakta yang direkacipta membuat orang ramai semakin mual dan benci dengan tindak-tanduk pembangkang yang makin hilang sokongan masa kini.

Pembangkang sudah mula mengelabah melihat gelombang baru BN Terengganu di bawah pimpinan baru Cikgu Razif yang dinamik, telus dan meyakinkan rakyat melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Bukankah semua orang sudah tahu tidak wujud pun apa yang dituduh Pas iaitu kelulusan kawasan lombong kepada syarikat bernama CAA Resources sebagaimana tuduhan Pas melalui sidang akhbar
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman telah beberapa kali menegaskan, syarikat itu tidak mendapat sebarang kelulusan melombong di negeri ini dan menempelak pembangkang yang cuba memburukkan kepimpinan negeri apabila melemparkan tuduhan tidak berasas termasuk melalui risalah dan ceramah selain membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Merujuk kepada laporan tahunan 2013 CAA Resources, syarikat itu telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta yang kononnya mempunyai hak perlombongan di Terengganu.
“Berasaskan penelitian dan siasatan, CAA Resources mahu pun anak syarikatnya tidak pernah wujud di Bukit Besi.

Saya bimbang laporan yang dimaksudkan bukan di Terengganu, tetapi Kelantan. Jadi memungkinkan timbul kekeliruan seperti ini.

“Oleh itu, saya mohon pihak pembangkang buat juga siasatan di Kelantan berkaitan dengan dua MoU yang dibentang dalam laporan tahunan syarikat tersebut,” katanya semasa sesi penggulungan Bajet 2015 Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru lalu.

Bahkan sebelumnya lagi Dato’ Ahmad Razif menafikan kerajaan negeri memberi kelulusan kepada syarikat CAA Resources untuk kerja-kerja melombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Beliau berkata, "Saya tidak kenal syarikat berkenaan sementelah lagi individu berkenaan." Katanya dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Tingkat 16, Wisma Darul Iman.

"Pihak kerajaan telah melakukan siasatan atas tuduhan ini dan mendapati syarikat CAA Resources tidak pernah berdaftar dengan SSM. Bagaimana sebuah syarikat yang tidak berdaftar  menjalankan perniagaan di Malaysia dan Terengganu." ujarnya.

Nampaknya pembangkang terus menunjukkan kebodohannya memainkan isu yang tidak wujudkan, melainkan diada-adakan yang sekaligus menampakkan betapa tidak layak sama sekali digalas oleh sebuah parti yang menggunakan nama Islam, tetapi menjadikan fitnah sebagai jalan penghalal cara. (Matlamat menghalalkan cara).

Lupakah mereka akan Firman Allah yang bemaksud:

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar”

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar”

Surah An Nur ayat 15 dan 16

Marilah sama-sama kita doakan agar Allah memberikan pertunjuk dan hidayat Nya kepada golongan yang suka menabur fitnah ini dengan hanya kerana mencari sedikit habuan dunia iaitu kemenangan dalam pilihan raya.

Oleh: Ruslan AR

TAG