Jangan Ganggu Tempat KAMI Cari REZEKI Adam Adli oooiiiiii.....

KUALA LUMPUR: Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan 'Kita Lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat.

Anggota Caliph Buskers, Fendy berkata, sebarang perhimpunan haram yang dicadang diharap dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.

"Saya harap benda ini tidak berlanjutan. Bukan sahaja Caliph Buskers yang mencari rezeki di sana namun banyak lagi kumpulan buskers di sekitar Sogo. Orang ramai datang di sini bukan untuk melihat perhimpunan haram.

"Kenapa mereka hendak menyekat periuk nasi pemuzik jalanan dengan perhimpunan sedemikian? Kalau ia menimbulkan kontroversi dan mengganggu keamanan, apa guna ia dianjurkan?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Caliph Buskers meminta kumpulan 'Kita Lawan' tidak menganjurkan perhimpunan di sekitar Sogo demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan - Gambar Facebook Caliph Buskers


Fendy mengulasperhimpunan menyokongDatuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu yang diadakan di Sogo sebagai tanda solidariti untuk pembebasan Ketua Pembangkang itu.

Antara yang memberikan ucapan pada perhimpunan itu adalah anak Anwar, Nurul Nuha.

Pada perhimpunan itu, Nurul Nuha turut meminta orang ramai untuk sekali lagi berhimpun pada perhimpunan kemuncak bagi kempen ‘Kita Lawan' pada 7 Mac depan.

Adam Adli yang turut berucap pada perhimpunan berkenaan menyeru anak-anak muda untuk tidak takut dalam perjuangan mereka.

Dalam pada itu kata Fendy, masyarakat menjadikan kawasan sekitar SOGO selain Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai lokasi membeli-belah dan bukan berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu isu.

"Janganlah ganggu tempat orang ramai ini dan buskers lain mencari rezeki dari pagi sehingga malam di sekitar lokasi. Jangan timbulkan kontroversi di tempat tumpuan awam.

"Tidak elok jika diadakan perhimpunan di sana. Orang hendak membeli-belah dan bergembira, bukan kecoh-kecoh seperti yang dilakukan mereka," jelasnya.

Caliph Buskers menjaditrending di media sosialsetelah terlibat dalam persembahan bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29.

Kehadiran kumpulan pemuzik jalanan tersebut yang terdiri daripada golongan insan istimewa cacat penglihatan telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi yang luar biasa daripada masyarakat.
TAG