KETUM Malu diaibkan Penyokong PAS Terengganu??

Hanya segelintir yang menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Hanya segelintir yang menghadiri ceramah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Kemaman malam tadi.
Road Tour ceramah perdana ‘Rakyat Hakim Negera’ untuk Ketua Umum PKR di katakan sebagai satu program bagi mendapatkan sokongan dan simpati rakyat terhadap kes liwatnya yang akan di ketahui keputusannya pada 10 Februari 2015.

Ceramah semalam yang diadakan di Kemaman telah war-warkan oleh penyokongnya di media sosial dengan kehadiran 10000 ribu rakyat Terengganu dan pada hakikatnya tidak sampai pun 200 orang yang hadir dalam ceramah tersebut.

Ini mungkin satu jenaka atau cuba untuk menaikkan semangat kepada KETUM yang mana LIWAT adalah kes peribadi beliau dan kenapa ia membawa rakyat sekali untuk menjadi HAKIM kes LIWAT ini.

ADAKAH rakyat begitu bodoh sekali untuk membela perosak Negara seperti KETUM ini???

Ia jelas memperlihatkan rakyat semakin bosan dan meluat dengan retorik palsu yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang akhir-akhir ini.

Rakyat Terengganu khas di Kemaman juga tidak mahu Anwar dan tidak mendapat sambutan dari PAS Terengganu dan mereka yang hadir semalam dari PKR sahaja yang diimport dari Kuantan dan kawasan sekitarnya.

Gerakan BOIKOT oleh penyokong PAS yang digembar-gemburkan selama ini telah menunjukkan hasilnya malam tadi dengan ROAD TOUR sampah yang dikendalikan oleh Parti Keadilan Rakyat yang mana PAS tidak lagi mempercayai ANWAR yang mempunyai masalah PERIBADI yang amat menjijikkan jika mengikut sejarahnya.

Malang sekali apabila bencana banjir baru-baru ini TIADA kelibat ANWAR datang menjengguk rakyat KEMAMAN akan tetapi untuk ROAD TOUR ini beliau datang ke Kemanan bagi mengharapkan simpati dan belas Ehsan rakyat disini dan pada peringkat awalnya beliau mahukan program yang dirancang itu dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan.

Kebanyakan intipati ceramah hanya bermodalkan ‘INI SEMUA SALAH UMNO’ dan kritikan terhadap kerajaan dengan menjaja isu semasa seperti tragedi pesawat mas MH17 dan kehilangan MH370, banjir yang berlaku di beberapa negeri yang disebabkan kelemahan pentadbiran kerajaan.

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai boikot peniaga tidak turunkan harga barang diputarbelit bagi menunjukkan Datuk Ismail sebagai rasis.

Anwar turut masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum yang ke 13 dengan menuduh wujud unsur-unsur penipuan.

Anwar kali ini dilihat sangat terdesak dengan kes liwat ini, bibit-bibit ke penjara semakin hampir, dan seperti kebiasaanya, rakyatlah yang diheret untuk menjadi benteng mempertahankan dirinya atas kepentingan peribadinya sendiri.

Penulis : Pena Biru
TAG