Mat NOR BAham KETUM... Baloh ah SEKS Mung?


SEDARLAH WAHAI ANWAR IBRAHIM

Kegagalan siri ceramah perdana Anwar di Kemaman semalam yang memperlihatkan hanya sekitar 200 pengunjung yang hadir merupakan mesej jelas dari keseluruhan jentera dan penyokong PAS Terengganu supaya kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat amat diperlukan oleh rakan parti.

Bagi penyokong PAS yang berdiri teguh dibelakang kepimpinan ulamak, senario pergolakan dalam Pakatan yang dilihat cuba menindas PAS dengan kewujudan PASMA dan tentangan dari DAP mengenai enakmen hudud dan memperlekehkan ayah chik selaku Presiden PAS yang kita kasihi, adalah sentimen tidak menghormati rakan parti dan perlu diberi pengajaran.

Jika rakan dalam Pakatan masih merasakan PAS merupakan suara minoriti dalam rakan Pakatan, kejadian memalukan semalam terhadap Anwar membuktikan dengan jelas tanggapan ini adalah salah.

Anwar patut sedar, kekuatan PAS juga sebenarnya adalah faktor penyumbang kepada kemenangan besar Pakatan di PRU yang lalu. 

Namun bagaikan tidak memberi muka, waima di Pulau Pinang sekalipun PAS tidak diberikan kepercayaan untuk memegang kerusi EXCO Hal Ehwal Agama Islam sebaliknya diberikan kepada PKR.

Hina sangatkah PAS di mata PKR dan DAP? Jika beginilah keadaan politik hari ini, PAS juga mampu bergerak sendirian tanpa sokongan dari parti-parti lain.

Kegagalan siri ceramah Anwar di Terengganu patut dijadikan iktibar oleh rakan pakatan yang lain agar jangan cuba merendahkan kemampuan penyokong PAS di seluruh Malaysia.

Ini baru permulaan mesej pertama. Kita tak akan tunduk kepada telunjuk sepertimana BN.

Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan Badan Penerangan PAS Negeri Terengganu (BPPNT).
14 RabiulAkhir 1436 bersamaan 4 Februari 2015
TAG