Adakah PAS Selangor Akan Di BUBAR Menjelang Muktamar???

Apa akan berlaku jika PAS Selangor Bubar ???



Pakatan Rakyat Selangor sudah menampakkan bibit-bibit perpecahan terutama PAS sejak kebelakangan ini.

 Parlimen Batu yang dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menggekalkan jawatan yang disandang sebelum ini.

Sesungguhnya pada hairaki beliau yang berkuasa keseluruhan bagi Parlimen Batu dan adakah perletakkan jawatan AJK PAS kawasan itu ???????

Tindakan 17 anggota jawatankuasa PAS Kawasan (Bahagian) Batu yang meletak jawatan secara tiba-tiba pada Isnin disifatkan sebagai 'tindakan luar biasa'.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata mereka seharusnya mengadakan perbicangan dalam mesyuarat agung tahunan kawasan jika mempunyai sebarang pandangan, selain mengemukakan calon baharu atau mengekalkan presiden sekarang.

"Jangan bertindak di luar peruntukan perlembagaan. Kalau bertindak sebegini dah dikira luar daripada kebiasaan", katanya kepada pemberita.

Kesemua 17 anggota PAS Kawasan Batu diketuai Yang Dipertuanya Ishak Surin, meletak jawatan atas alasan tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan pusat parti.

Antara yang turut meletak jawatan serta-merta ialah Timbalan Yang Dipertua Datuk Shuhaimi Ab Rahaman, Naib Yang Dipertua Datuk Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Kawasan Datuk Ismail Yahaya dan Ketua Penerangan kawasan Marzuki Zakaria.

Exco Dewan Pemuda PAS Ahmad Marzuk Shaary pula menyifatkan tindakan mengejutkan itu sebagai gerakan tidak sihat kepada parti yang mementingkan kesepakatan dan perpaduan.

"Kalau marahkan nyamuk jangan bakar kelambu. Sepatutnya bincang dahulu, tapi apa yang berlaku mereka ni awal-awal lagi dah berundur dan mengalah," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin perkara itu hanya soal terpencil dan tidak akan mendatangkan masalah serius kepada parti.

Seperti Khalid, Ahmad Marzuk juga bersetuju supaya kesemua anggota terlibat berbincang untuk menyelesaikan apa jua pertikaian dan masalah yang timbul.


Artikel dipetik dari : BERNAMA

TAG