Air Tak DOK 10 MAC Ini???

Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) mengumumkan gangguan bekalan air akan berlaku di beberapa tempat dalam daerah Kuala Terengganu pada Selasa ini (10 Mac) dari pukul 8 malam sehingga 6 pagi.
Pengurus Daerah, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd, Osman Mohd berkata, kesulitan itu adalah disebabkan oleh pengalihan paip MS 750mm di Jalan Puspakom Chendering.
“Kerja-kerja pengalihan tersebut mengakibatkan gangguan bekalan akan berlaku di Kampung Chendering, Taman Chendering Utama (TCU), Taman Desa Bukit Chendering, Permint Jaya, Perindustrian Chendering, Kubang Ikan serta Kuala Ibai.
“Turut terjejas ialah pengguna di Kampung Laut, Tok Adis, Jalan Budiman, Gong Tok Nasek, Sungai Derhaka, Kampung Bukit, Permint Permai, Kedai Buluh, Titian Baru, Surau Haji Yakob, Kampung Tok Dir, Kampung Atas Tol, Pengkalan Setar, Gong Pipit, Gelugor, Pengadang Baru dan sekitarnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, penduduk di kawasan berkenaan dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan dalam tempoh gangguan itu. teganukita.my
TAG