Aisah Terima Ugutan Bunuh dan ROGOL Kerana Hina Hudud

Kuala Lumpur – BFM Radio menarik balik klip video bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi?” selepas menerima ugutan bunuh dan rogol di media sosi...

Kuala Lumpur – BFM Radio menarik balik klip video bertajuk “Hudud Isi Periuk Nasi?” selepas menerima ugutan bunuh dan rogol di media sosial hari ini.

Video kerjasama antara BFM Media dan Projek Dialog di laman Youtube BFMkupas ditarik balik susulan ugutan bunuh dan rogol terhadap wanita di dalam video berkenaan, Aisyah Tajuddin.



“Video itu berniat untuk memberikan komentar satira sama ada pelaksanaan hudud adalah keutamaan kerajaan Kelantan terutamanya susulan tekanan ekonomi dan proses membaik pulih pasca banjir yang melanda negeri itu,” kata radio perniagaan itu dalam satu kenyataan petang ini.

Video yang dimuat naik semalam menarik perhatian sekurang-kurangnya 6,000 pelayar laman sosial dan beratus komen terhadap komentar yang dilakukan hos radio berkenaan.

Beberapa komentar mengatakan Aisyah, seorang Islam yang terpesong akidahnya dan harus dibunuh dan dirogol.

“Akhirnya… mimpi PAS nak melaksanakan Hudud di Kelantan datang menjelma,” kata Aishah dalam video tersebut.

Dalam nada menyindir, Aisyah turut mempersoalkan jika agama boleh menyelamatkan penduduk tempatan dari realiti sosio-ekonomi di dalam video tersebut.

“Korang ini dah bertahun bising pasal hudud. Aku pun dah malas nak kupas. Tapi ada satu saya nak tanya, apa jadi dengan nasib mangsa banjir rakyat Kelantan. Tiga bulan sudah dan mereka tidak ada rumah.

“Inilah politik. Agama digunakan untuk menkaburi mata rakyat dari isu yang penting,” katanya.

Video yang dimuat naik pada 19 Mac menerima pelbagai kritikan, termasuk 322 ‘dislikes’ setakat ini.

“Jujur, jumpa depan-depan aku tembak kepala dia,” tulis Khairul Azri.

Pengguna YouTube yang dikenali sebagai ‘Renaissence X’ berharap agar Aisyah dapat mempelajari agama dan mengenali Allah.

“Kamu bercakap macam orang tidak ada agama,” katanya.

Seorang pengguna Twitter, ‘drirfanbabet’ berkata Aishah perlu rujuk kepada Ustaz atau Ustazah sebelum keluar kenyataan seperti itu.

Ada pula warga media sosial yang menyuarakan pemahaman mereka dengan mesej yang cuba dikongi oleh Aisyah.

“Yang saya faham video ni lebih kepada kritik pentadbir (pelaksana) daripada kritik hudud itu sendiri. Dan mengetengahkan isu bahawa sesetengah pemimpin memainkan sentimen agama untuk politik (tidak terhad kepada mana-mana parti),” tulis seorang pengguna Twitter, ‘sassydewi’.

‘Metro Genesis’ menyatakan: “ada bahagian yang saya setuju and ada yang saya tidak setuju. Betul apa dia cakap. Berikan keutamaan kepada mangsa banjir dulu. Beri rumah baaru kepada mereka, Baiki infrastruktur yang rosak and beri apa-apa bantuan yang patut dahulu.”

“Namun berdasarkan komen-komen yang diterima dari pelbagai pihak, ianya jelas sebahagian daripada penonton kami menganggap kami mempersoalkan kesahihan hudud itu sendiri.

“Ini bukanlah niat sebenar di sebalik video tersebut. Kami hanya mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya,” kata kenyataan itu.

Stesen radio berkenaan turut melahirkan permohonan maaf mereka terhadap penyiaran video tersebut.

“Kami ingin meminta maaf jika ada pihak yang tersinggung lantaran video ini,” kata kenyataan itu.

BFM bagaimanapun kesal dengan ugutan yang diterima Aisyah dan melihat tindakan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Bagaimanapun kami ingin menyatakan rasa kesal terhadap serangan peribadi yang ditujukan kepada pengacara video tersebut, Aisyah Tajuddin, termasuklah ugutan bunuh dan rogol.

“Kami ingin menegaskan Aisyah hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukanlah pengacara tetap rancangan itu,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan, Aisyah juga bukanlah pengarang skrip tersebut, oleh itu pandangan yang diajukan di dalam video tersebut bukanlah pendirian peribadi beliau dalam hal ini.

“Kami membantah dengan sekeras-kerasnya segala serangan dan ugutan yang dibuat ke atas Aisyah Tajuddin.

“Ancaman tersebut bukan saja salah di sisi undang-undang tetapi tiada tempat dalam masyarakat kita yang mendukung nilai keamanan dan toleransi,” katanya.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Aisah Terima Ugutan Bunuh dan ROGOL Kerana Hina Hudud
Aisah Terima Ugutan Bunuh dan ROGOL Kerana Hina Hudud
http://4.bp.blogspot.com/-GsvdxPIS6xo/VQx4JTdf2_I/AAAAAAAACXg/Klczi5rZqcY/s1600/Capture.PNG
http://4.bp.blogspot.com/-GsvdxPIS6xo/VQx4JTdf2_I/AAAAAAAACXg/Klczi5rZqcY/s72-c/Capture.PNG
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/03/aisah-terima-ugutan-bunuh-dan-rogol.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/03/aisah-terima-ugutan-bunuh-dan-rogol.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy