Bolgger PAS Sudah Mula Menghentam Haji Abdul Hadi Awang !!!

Nurul Izzah Semasa di Balai Polis Jinjang
ALASAN PALING KUKUH KENAPA PRESIDEN PAS PERLU DI TUKAR!
satu artikel daripada Kelab Greenboc telah melihatkan sikap Presiden PAS yang langsung tidak memberi kerjasama kepada PR dalam isu penangkapan Nuzul Izzah membuktikan Haji Hadi sudah tidak layak berada di tapak presiden PAS.

Antara komen Artikel daripada KELAB GEENBOC :

Di ketika seluruh rakyat Malaysia mengutuk penangkapan dan penahanan Nurul Izzah, nampaknya ada juga beberapa pihak yang "berdiam diri" seolah-olah "menyokong" penahanan tersebut.

Kita amat memahami dengan sikap UMNO kerana mereka jelas sekoelompok rakya yang kejam dan zalim, kerana Mereka sentiasa cepat dan tangkas untuk bertindak ke atas pimpinan Pakatan Rakyat tetapi tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas pemimpin-pemimpin UMNO.

TETAPI anehnya, sejak semalam, GB tertanya-tanya dimana kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi PAS terhadap isu ini. Apakah mereka turut merestui tindakan PDRM menahan Nurul Izzah? Apakah PAS bergandingan tangan dengan UMNO supaya pemimpin-pemimpin PR ditangkap dan ditahan? Yang ada cuma secebis laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan bantahan Sdra Lim Kit Siang.

Mana suara Presiden? Mana kenyataan Setiausaha Agong? Ketiadaan suara dan kenyataan bantahan dari kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini memberi persepsi umum bahawa mereka sudah bersama UMNO untuk menghalalkan semua tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan.

Kita bukan berburuk sangka. Tetapi banyak isu sebelum ini seolah-olah Presiden, SUA dan ulama-ulama PAS bersama dengan UMNO tetapi tidak dengan Pakatan Rakyat seperti isu pilihanraya PBT dimana Haji Hadi dan Mustafa Ali menentang pilihanray PBT kerana kononnya akan mewujudkan 13 Mei - satu alasan yang benar-benar sama dengan UMNO. Begitu juga dengan isu persempadanan semula SPR, Presiden PAS pernah mengumumkan PAS bersetuju dengan tindakan SPR tersebut walaupun Pakatan menentangnya. Dalam hal-hal tersebut, pendiriannya sama dengan pendirian UMNO.


Sungguh mengecewakan. Jika demikian pasifnya Presiden PAS terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama Pakatan Rakyat, sudah sewajarnya para muktamirin tahun ini menukarkan Presiden PAS kepada orang lain.
TAG