Hadi Awang Di HINA Lagi oleh Rakan PAKATAN

hadi tipu
Kenapa Dap perlu takut akan perlaksanaan HUDUD di Kelantan pada masa ini. Banyak suara-suara sumbang yang keluar dari pakatan rakyat yang mana menentang akan perlaksanaan itu.

Sermalam DAP melepaskan rasa GERAM mereka kepada Presiden PAS melalui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akhirnya mengumumkan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Hadi Awang.

Bagai retak menyembah BUMI… Serang terus menerus ditujukan kepada Hadi Awang yang mana setiap perbuatan dan kenyataan DAP serta PKR adalah untuk menjatuhkan Presiden Pas itu.

Terdapat beberapa ayat GUAN ENG yang maksud tersirat mahu Hadi berundur dari Kerusi Presiden PAS dan umum sedia maklum MUKTAMAR Pas bakal berlangsung pada Jun nanti…. FIKIR- FIKIRKAN LAH..

Sementara itu Pemimpin Pas mengakui hairan dengan ahli politik bukan Islam khususnya DAP yang menolak pelaksanaan hudud, sedangkan kebanyakan ahli perniagaan dan kontraktor bukan Islam di negeri ini didakwa menyokong pelaksanaan perundangan syariah itu.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, mereka juga faham bahawa pelaksanaan hudud mendatangkan kegerunan kepada mana-mana pihak untuk melakukan jenayah sehingga ada yang berharap hukuman hudud dapat direalisasikan.

“Pemilik pasar raya besar ada yang beritahu saya, banyak kejadian curi berlaku di premis mereka dan ada yang tidak dapat ditangkap. Kejadian berlaku hampir tiap-tiap hari. Begitu juga dengan kontraktor yang turut bersetuju dengan hudud.

“Yang tidak setuju adalah DAP. Sebab itu saya hairan dan ahli perniagaan yang menyokong itu bukan calang-calang, ada berjawatan datuk. Sehinggakan mereka berkata kalau hudud dilaksanakan sudah tentu tiada lagi kejadian curi berlaku di pasar raya mereka,” katanya. – 
TAG