Ketua Pemuda PAS Baham Guan Eng

Kenyataan yang dikeluarkan oleh WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS Ketua
Dewan Pemuda Pas Kuala Terengganu hari ini mempertahan Presiden Pas dari terus dikecam oleh rakan sebantal mereka.

Petikan dibawah telah dipetik dari akaun Facebook  milik Pemuda Pas tersebut dengan kenyataan seperti berikut:-

Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu memandang serius keputusan dan pendirian yg diambil oleh DAP terhadap Presiden kami Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui Kenyataan Media CEC DAP hari ini hasil daripada Mesyuarat CEC semalam.

Antara kandungan kenyataan tersebut yang tertulis nama Lim Guan Eng di bawahnya,

" DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau."

Kenyataan ini sangat pelik memandangkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan Presiden PAS. Bagaimana mungkin DAP boleh membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tanpa menjejaskan hubungan dengan PAS sebagai sebuah parti yang bertahaluf siasi(kerjasama politik menurut syarak) dalam Pakatan Rakyat? Ini sebenarnya suatu penghinaan terhadap Presiden kami yang dihormati oleh dunia Islam. Jelas dalam kenyataan tersebut antara lainnya menuduh Tuan Guru kami sebagai orang yang khianat dan tidak bermaruah. Nampaknya akhir-akhir ini DAP melalui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sangat konsisten menyerang peribadi Tuan Guru kami dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar sama sekali!

Adalah tidak tepat apabila saudara Lim Guan Eng mendakwa bahawa rakyat Malaysia mengundi PAS kerana dasar bersama Pakatan Rakyat semata-mata. Bukankah PAS bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu? Berdasarkan kajian, pengundi kami umumnya terdiri daripada ahli dan penyokong tegar PAS, rakyat yang tidak berparti, serta sebahagian dari ahli dan penyokong umno(silent protest) .

Pengundi Melayu memilih PAS kerana iltizam kami dengan pelaksanaan Islam yang menyeluruh. Melayu dengan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Keadaan itu sudah maklum di sisi rakyat Malaysia. Beranikah DAP terima kenyataan akan hilang di Melayu pada PRU 14 nanti? Memang tidak dinafikan pengundi Cina turut memberi undi mereka kepada calon PAS tetapi bilangan mereka tetap minoriti.

Adakah saudara Lim Guan Eng benar-benar yakin mereka (pengundi Cina) semua menolak hudud? Tidakkah DAP sedar bahawa beberapa tahun kebelakangan ini kefahaman terhadap hudud dan hukum Islam itu meningkat? Kenapa mesti dirosakkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana isu ini? Sudah tentu ada kepentingan lain yang lebih besar menyebabkan DAP sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk burukkan imej Presiden kami sebegitu rupa.

Justeru, kami mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan melulu kepada Presiden kami tersebut. Kami juga mendesak Saudara Lim Guan menarik balik kenyataan media beliau mewakili keputusan CEC DAP yang bertarikh 23 Mac 2015 itu.

TAG