MCA Pandai-Pandai Bawak Diri Selepas INI....

Foto Ehsan TMI
Foto Ehsan TMI
Setelah dua hari perbahasan Hudud dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan dengan pelbagai hujah-hujah yang membina dari kedua-dua parti PAS dan UMNO maka Hudud Kelantan diluluskan tanpa bantahan.
Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bersalaman dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Adun Air Lanas selepas Dewan Undangan Negeri sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2005), pagi ini.
Kerajaan negeri Kelantan berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.
Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.
Ahmad semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pelaksanaan hukum syariah di Kelantan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman rakyat mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.
TAG