Pelampau KRISTIAN Cuba Menganggu Perlaksanaan Hukuman Ta'zir Terengganu




Kuala Terengganu : Semalam dalam Ucapan Perasmian Persidangan Berkelompok UMNO Bahagian Kuala Terengganu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Yab Dato' Ahmad Razif Abd Rahman membidas dengan kerah  kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Lip Eng.

Ahmad Razif  menempelak Ahli Parlimen DAP Segambut itu yang mempersoalkan langkah-langkah yang diambil kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial, sambil menegaskan, Terengganu mempunyai kaedah tersendiri untuk menangani masalah itu di negeri ini.

Katanya, Pemimpin DAP itu tidak perlu mempertikaikan langkah yang dibuat kerana dia tiada hak untuk masuk campur dalam hal ehwal negeri ini.

"Ini negeri kita, undang-undang Agama kita KENAPA dia sibuk hendak kacau urusan AGAMA kita?"

"Kita tahu bagaimana menjaga agama dan negeri kita, Jangan cuba campur urusan kita"

“Itu terpulang kepada kita, tiada kena mengena dengan dia (Lim Lip Eng), saya hendak jaga orang Islam sebab sekarang semua bercakap tentang masalah sosial generasi hari ini.

“Semua ini (garis panduan) untuk orang Islam dan bangsa saya sahaja, apa salah sekarang saya mencuba kaedah baru ini, kalau tidak berjaya kita cuba kaedah lain pula,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-17 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan yang dikeluarkan Lim Lip Eng pada 2 Mac lalu dalam portal Roketkini.com.

Dalam kenyataan itu, Lim Lip Eng turut mempersoalkan langkah menangkap mereka yang tidak solat Jumaat dan membawa mereka menaiki van jenazah sebagai hukuman.

Lip Eng juga mempersoalkan, adakah langkah yang dibuat itu timbul lantaran laporan bahawa Negeri Terengganu mencatatkan antara bilangan tertinggi melayari laman web lucah, sebagaimana yang dilaporkan media sebelum ini.

 Bagaimanapun, Ahmad Razif sekali lagi menegaskan, Terengganu tetap berpegang teguh dengan apa yang sedang dilaksanakan negeri itu dan tidak perlu ada campur tangan pihak lain. “Ini adalah satu perkara yang baik, ini bukan perkara politik. Sepatutnya ia perlu disokong,” katanya.



TAG