Perpaduan Melayu Menjadi KEKUATAN Kepada MELAYU


Peserta Malam Perhimpunan Melayu memulakan majlis dengan solat Maghrib berjemaah di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.
Peserta Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu memulakan majlis dengan solat Maghrib berjemaah di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.
Peserta dari Terengganu antara yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil semalam bagi memberi sokongan dalam mengembalikan kehebatan Melayu.
Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu atau sebelum itu dikenali sebagai Perhimpunan Lancarkan Gerakan Renaisans Melayu diadakan bertujuan bagi merapatkan ukhwah serta jurang yang kian melebar di antara Melayu sendiri.
Menurut Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman yang turut hadir ke majlis tersebut berkata himpunan tersebut amat perlu dalam membangkitkan bangsa Melayu.
“Perhimpunan ini bukanlah bertujuan untuk menimbulkan isu perkauman tetapi ianya bagi memupuk perpaduan di kalangan kita sekaligus dapat membangkitkan semangat Melayu yang kini kian pudar.
“Ianya juga untuk memberi peluang kepada Melayu untuk setaraf sekaligus duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain,” katanya kepada Teganukita. 
4
Perhimpunan tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran dan Pendidikan Tinggi I, Dato’ Seri Idris Jusoh serta Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man.
Tambah Ahmad Razif, dengan rata-rata peserta yang hadir merupakan rakyat dari Terengganu, ianya membuktikan solidariti yang ada pada mereka.
“Ramai peserta yang hadir pada malam ini (semalam) merupakan dari Terengganu dan ia membuktikan bahawa kita mempunyai perpaduan sesama sendiri,” katanya.
6
Perhimpunan itu adalah hasil inisiatif Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan mendapat kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) serta Biro Tatanegara (BTN) selepas yang pertama diadakan pada 69 tahun yang lalu.
Hampir 20,000 peserta menyertai Malam Perhimpunan Perpaduan Melayu
TAG