Provokasi Terhadap Hadi Awang




Beberapa kumpulan yang membawa sepanduk dan kain rentang berbunyi "UNDUR HADI"  yang mana cubaan untuk mengugut Jawatan Presiden pada Muktamar PAS pada Jun nanti.

Gerakan yang dibuat itu telah mengambarkan akan ada pertembungan sengit diantara Hadi dan Mat Sabu dalam pemilihan itu nanti.

Slogan yang dibawa oleh sekumpulan penunjuk perasaan  di luar pejabat PAS dengan membawa poster “UNDUR HADI” merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tindakan mereka ini adalah kerana  Pas tidak mewajibkan ahli-ahlinya menyertai demontrasi anjuran PKR yang berlangsung sabtu lalu dihadapan Sogo, Kuala Lumpur.

PASMA bersekongkol dengan PKR dan DAP bagi menurunkan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang dilihat  tidak membantu pegerakkan dalam Pakatan rakyat serta menaruh harapan tinggi terhadap Mohamad Sabu.

Kepimpinan Tuan Guru Hadi Awang semakin pudar dan tersasar dari landasan yang telah digariskan didalam Pakatan Rakyat serta membuatkan DAP serta kroninya semakin berani mencabar kewibawaan Hadi.

Tiada apa yang mahu diraih lagi didalam Pakatan Rakyat , PAS hanyalah boneka semata-mata serta senang diguna-gunakan…”selamat jalan Hadi Awang”

Terengganu Times
TAG