SABASUN Tidak Pandai Buat Pengiraan GST?

Berikutan beberapa keping gambar yang di viralkan dalam media sosial semalam dan ada aduan oleh orang ramai pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuat tinjauan di sebuah hypermarket di Kuala Terengganu pagi ini.

Apabila tinjauan dibuat oleh KPDNKK Cawangan Terengganu didapati harga yang dipamerkan  selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kadar harga yang terlampau di Sabasun hyper market yang mana telah dipamerkan dirak-rak pameran.

Didalam Hyper Market Sabasun hampir keseluruhan harga telah dipamerkan dengan kadar haraga baru selepas GST dilaksanakan dan telah di viralkan oleh pengguna di media sosial , ianya menjadi tanda tanya kepada rakyat sebagai pengguna mengapa harga barangan lebih tinggi  ?

Pihak KDNKKK telah memantau dan mendapati pengiraan harga selepas pemotongan  GST sebanyak 6% adalah salah mengikut garis panduan GST yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malayasia.

gst 2
gst 4 GST
gst3
Pengguna boleh rujuk dalam laman web KASTAM : http://gst.customs.gov.my/en/Pages/default.aspx
Harga semasa sepatutnya di tolak sebanyak 10% bagi barangan keperluan harian seperti sabun pencuci, ubat gigi, ubat nyamuk dan lain-lain. Manakala barangan makanan perlu ditolak sebanyak 5% sebelum membuat pernolakkan harga cukai GST sebanyak 6%, dan sepatutnya harga yang di jual adalah jauh lebih murah…dan bukannya lebih mahal.

Menurut ketua pegawai penguatkuasa KPDNKK Wan Isa Wan Harun berkata , pihaknya telah menjalankan pemantauan serta mengambil  beberapa contoh barangan seperti soflan , minyak Mazzola dan beberapa jenis barangan lain bagi membantu siasatan berkenaan pamer harga selepas pemotongan GST yang salah di premis Sabasun.

Dengan kekuatan 6 orang  pegawai penguatkuasa dari KPDNKK menjalankan siasatan itu, maka jelas bahawa harga selepas pemotongan GST yang dipamerkan oleh pihak Sabasun Hyper market adalah sebanyak 16% dan bukan lah 6% seperti yang arahkan oleh kerajaan .
#makjah
sabasun
TAG