SOLIDARITI TTB Membawa Cahaya Kepada Kerajaan

Karnival Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang akan berlangsung di Dataran Permata Kampung Baru, Seberang Takir selama tiga hari bermula 12 Mac ini bukan sahaja dimuatkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan malah turut dihiasi dengan slot keagamaan.
Pengerusi Penyelaras Karnival TTB, Che Mansor Che Kerma berkata, melalui forum perdana bertajuk ‘Kasihi Suami, Sayangi Isteri’, tiga penceramah hebat akan berkongsi pendapat dengan orang ramai di hari pertama karnival berlangsung pada pukul 8 malam.
“Forum perdana yang akan dimoderatorkan oleh Ustaz Kamaruddin Omar akan menampilkan Prof. Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Prof Dr Muhaya Mohamad dan Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad,” ujarnya.
Menurut Che Mansor yang juga merangkap Pengarah Unit Komunikasi Negeri, seramai kira-kira 20,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat di jangka akan hadir memeriahkan karnival berkenaan.
Katanya, hampir 30 aktiviti dan program menarik disajikan, antaranya karnival kerjaya, pameran pendidikan, pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan membaik pulih motosikal dan kereta secara percuma, selain senamrobik TTB dan jamuan berbeku (BBQ).
“Cabutan bertuah turut disediakan dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival TTB yang julung kali diadakan,” katanya.
TAG