VIDEO PERANG AZLINA-NURUL IZZAH TUDUH HAKIM SYAITON...


Ahli Parlimen Penggerang Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini membidas Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah kerana menghina hakim yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Malah, beliau turut bertikam lidah apabila Naib Presiden PKR itu bangun mencelah setelah ‘ panas telinga’ mendengar hujahan balas Azalina terhadap apa dicakap oleh Nurul Izzah ketika membahaskan ucapan terima kasih titah Yang di Pertuan Agung di Dewan Rakyat, semalam.

Nurul Izzah semalam menuduh hakim tunduk kepada kehendak politik, rakan jenayah pembunuhan dan menjual diri kepada syaitan demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan.

Menurut Azalina, pembangkang akan menganggap hakim yang membuat keputusan memihak kepada mereka sebagai malaikat tetapi jika keputusan sebaliknya, hakim akan dihina malah dilabel sebagai syaitan.

Beliau turut mengecam Majlis Peguam yang berat dalam kes Ketua Pembangkang tersebut.

Ikuti perbahasan Azalina di Dewan Rakyat serta pertikaman lidah beliau dengan Nurul Izzah berhubung kes liwat Anwar dan penghinaan terhadap institusi kehakiman.


TAG