Bekas CEO Felda DiHalau dari Felda Kerantong 4 - Pecah Amanah dan RASUAH


SABTU lalu, bertempat di FELDA Keratong 4 telah berjalan Program Himpunan ANAK Selamatkan FELDA 2.0. Program yang sepatutnya berjalan selama 2 hari tersebut dibatalkan serta merta pada hari kedua dan majlis penutup yang dijanjikan hanyalah ‘janji tinggal janji’.
Pembatalan program tersebut secara tiba-tiba ekoran tidak mendapat sambutan dari warga peneroka tempatan iaitu pengundi warga FELDA dalam Parlimen Rompin sehingga warga tempatan menyindir program Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 sebagai ‘Himpunan Selamatkan Diri 2.0’!
Program tersebut meriah pada Sabtu malam dihadiri hampir seribu orang yang majoritinya warga luar yang dibawa khas untuk meramaikan majlis, ironinya, ‘tetamu khas’ yang didatangkan dari luar kawasan FELDA Parlimen Rompin tersebut tidak boleh mengundi untuk PRK Rompin.
Mereka hanya mampu menjadi penyokong ‘totok’ PAS untuk menyelamatkan air muka PAS supaya majlis kelihatan ramai dan meriah.
Selain ‘tetamu khas’ yang didatangkan dengan bas, terdapat nama-nama besar PAS dan bekas pegawai FELDA yang didatangkan untuk menghasut minda masyarakat FELDA dan merosakkan imej FELDA.
Antara nama yang menjadi bualan ramai adalah kehadiran bekas “CEO Koperasi Permodalan FELDA Holding (KPF)”, Datuk Sarchu Sawal yang menyeru warga peneroka memberikan sokongan kepada PAS untuk menyelamatkan FELDA.
Apa yang amat menarik perhatian adalah ucapannya di Perhimpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang mengangkat dirinya kononnya ketika dia menerajui KPF, sebahagian besar pendapatan FELDA adalah daripada FELDA Holding.
Lebih menarik lagi apabila beliau menyeru warga FELDA untuk “selamatkan FELDA, selamatkan KPF dan undi PAS”.
Sarchu turut mengatakan bahawa dia sudah lama menyertai PAS dan penyertaannya ke dalam PAS bukan untuk bertanding tetapi untuk membetulkan keadaan. Selain itu katanya, beliau punya tanggungjawab untuk membantu peneroka kerana FELDA telah kacau bilau.
Itu… menurut kata Sarchu Sawal. Kalau menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lain pula ceritanya.
Benarkah Sarchu “bekas CEO KPF”? Jawatan pun hendak tipu! Inilah PAS!
Seruan dan tuduhan Sarchu bukan sahaja menarik didengar tetapi agak melucukan seperti menepuk air didulang kemudian terpercik kena muka sendiri !
Persoalan yang paling menarik adalah, benarkah Sarchu sertai PAS kerana untuk memperbetulkan keadaan ? Keadaan yang macam mana agaknya itu ? Keadaan bilamana Sarchu sudah tidak boleh merasai kemewahan ‘rasuah’ kah ?
Ini bukan tuduhan atau fitnah, tetapi ini adalah kenyataan. Kenyataan yang pahit ditelan oleh PAS dan jentera kempen PAS PRK Parlimen Rompin !
sarchu rasuah
Berikut disertakan laporan dari portal rasmi SPRM;
Bekas CEO, Pengarah KPFQ hadapi tuduhan CBT RM30 juta 
Dua orang bergelar “Datuk”, masing-masing bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) subsidiari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bekas pengarahnya, hari ini berhadapan dengan tuduhan pecah amanah membabitkan dana lebih RM30 juta.
Datuk Sarchu Sawal dan Datuk Tan Han Kook, masing-masing bekas CEO KPF Quality Foods Sdn Bhd dan pengarahnya mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini.
Sarchu, 64, dan Tan, 59, dituduh melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sarchu didakwa melakukan pecah amanah ke atas dana syarikat RM16,963,825 melalui 27 keping Penerimaan Jurubank di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini antara Ogos 2011 dan Februari 2012. Tan pula yang ketika itu anggota lembaga pengarah, didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dana RM13,164,955 melalui 20 keping Penerimaan Jurubank di tempat dan masa yang sama.
Hakim Rosbiahanin menetapkan wang jamin RM2 juta ke atas Sarchu dengan dua syarat tambahan iaitu dua penjamin dan dokumen perjalanan diserahkan. Dalam pada itu, Tan pula diikat jamin RM1 juta dengan dua syarat tambahan yang sama.
Kes mereka akan disebut semula 13 September ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Azlin Sabtu mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kedua-dua tertuduh diwakili Harvinderjit Singh dan William Leong Jee Keen.
Awal Disember lalu, Tan bersama Ching Siew Cheong, 50, bekas Ketua Pegawai Operasi KPF Quality Foods didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen. Mereka dengan curangnya didakwa mendorong pegawai bank terbabit untuk memindahkan RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – SPRM
sarchu
Berdegar-degar katanya mahu menyelamatkan FELDA, mahu selamatkan KPF, hakikatnya, Sarchu hanya mahu melunaskan dendam kepada FELDA kerana telah ‘kantoi’ terlibat rasuah malah dipecat dari FELDA.
Siapakah yang mahu diselamatkan ? Diri sendiri atau FELDA ?
Tindakan Sarchu yang berdendam, itu satu hal, tetapi kenapa mahu dilibatkan warga peneroka FELDA pula ? Apakah Sarchu fikir warga peneroka FELDA ini bodoh-bodoh semuanya?
Warga FELDA tidak sebodoh yang dijangka oleh PAS sebenarnya, kerana mereka bijaklah maka impaknya PAS terpaksa membatalkan majlis penutup Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 semalam.
Pengundi FELDA tidaklah bodoh sampai boleh diperalatkan semata-mata demi agenda peribadi Sarchu untuk membalas dendam kepada FELDA.
Mereka juga tidak bodoh untuk mendengar kata-kata seorang individu yang tidak bermoral yang pernah terlibat dengan kes rasuah dan dipecat.
Warga FELDA dalam Parlimen Rompin juga tidak perlukan individu yang tidak beretika seperti Sarchu untuk masuk campur urusan FELDA dan kehidupan mereka di FELDA.
Tiada apa yang dapat Sarchu selamatkan di FELDA Gugusan Keratong, FELDA Gugusan Selendang dan FELDA Gugusan Selancar, kerana kehidupan warga peneroka FELDA hari ini dalam keadaan yang selesa, aman, damai dan terlebih selamat!
Adalah lebih baik Sarchu selamatkan imejnya yang terjejas akibat kes pecah amanah membabitkan dana lebih RM30 juta yang terpapar dalam laman sesawang rasmi SPRM!
TAG