Datuk Hasan Arifin Calon BN Rompin

Muadzam Shah: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Rompin, Datuk Hasan Arifin, 63, sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, 5 Mei ini.

Ia diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengarah PRK itu bagi BN di Dataran Muadzam Shah di sini, tengah hari tadi.

Hasan yang berasal dari Kampung Ayau, Leban Chondong pernah menjadi Timbalan Menteri Besar dari 1995 sehingga 1999.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tioman dan Bukit Ibam selama empat penggal bermula 1990.

PRK Parlimen Rompin diadakan susulan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan itu yang disandangnya sejak 23 tahun lalu apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

TAG