Padang Ragut YB Alias Razak di RACUN Oleh UMNO?

Beberapa hari yang lalu, Adun Bukit Tunggal ada menyatakan bahawa Pengerusi J3K Kawasan itu melebihi KUASA yang ada  pada Pegawai Daerah (DO) dalam artikel yang dimuat naik dalam Portal Buletin Online 5 April 2015 yang lalu.


Beliau telah meletakkan kesalahan itu kepada Yab Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Razif Abd Rahman kerana tidak dapat menggunakan Padang Bola Bukit Tumbuh dan pada masa yang sama Kejohanan Bola Sepak Piala PPD Bukit Tunggal sedang berlangsung.


antara kata-katanya “jadi dalam pentadbiran Umno dan Barisan Nasional ini nampaknya JKKK lebih berkuasa dari Tuan DO…..ini sudah jadi apa orang kata…..’Kepala Patung’ ……’terbalik kot’ (tunggang terbalik),

ADMIN : kah..kah...kah...kah...kah...kah....

Buat malu ke KAMBING Adun Bukit Tunggal ning sorang..... LEMBU Berok pandai angkat EKOR sendiri.....

MASIHKAH KAU INGAT WAHAI  ALIAS RAZAK !!!!

Melupakan kesilapan apa yang telah  dilakukan kepada orang lain amat mudah. Sentisa ingat bila terkena batang hidung sendiri. Begitu sifat manusia[jengguk artikel].

Kick menjemput rakan pembaca mengimbau kenangan lama. Kenangan tahun 1999 - 2004. Lupa bahawa diri sendiri tidak sempurna. Bagai ayam jantan berkokok menunjukkan kekuatan tapi lupa ekor sendiri terpalit tahi.

YB Dr. Alias Razak , Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri mendakwa Trasformasi Politik yang dicanang oleh YAB Menteri Besar telah menyusahkan rakyat. Beliau juga berkata TTB sudah menjadi tunggang terbalik apabila JKKK menjadi "lebh berkuasa". Semuanya kerana apa yang mereka mahu tidak diperolehi. 


Memang pemimpin PAS mudah lupa. Mereka mungkin lupa apa yang berlaku sekitar tahun 1999 - 2004 apabila mereka berkuasa di negeri Darul Iman ini. Mereka lupa bagaimana mereka membatalkan semua jawatan JKKK yang ditubuhkan kerajaan terdahulu dan menukarkannya kepada Jawatankausa Syura Rakyat atau JSR. Konon nama Syura Rakyat akan dapat menjayakan dasar pentadbiran islam Kerajaan PAS Terengganu ketika itu.  Namun hanya nama yang nampak islamik, tetapi tindak tanduk jauh sekali. JSR bertindak diluar kotak fikiran orang islam Terengganu.

Orang Islan Terengganu tak akan lupa bagaimana JSR begitu rakus mengunci pintu pintu balairaya. Bahkan sanggup menghalau anak kecil yang sedang belajar di TADIKA KEMAS. Mereka bangga dengan perbuatan mereka bila melihat ada sebahagian anak kecil ini terpaksa belajar di padang-padang terbuka. Mereka suka melihat balairaya tidak digunakan sehingga menjadi "monument" buruk. Dengan lalang yang lebih tinggi dari diri mereka sendiri.



Mereka lupa JSR mengunci mesin jahit. Mereka menggunakan kusa melebihi Pejabat Tanah dan Daerah. Mereka seronok dengan perbuatan mereka kerana mereka dilindungi oleh Menteri BEsar ketika itu, Tuan Guru Haji Hadi.

PAS lupa semua itu, hari ini PAS mahu mengata dulang. PAS lupa Paku terserepih. PAS mahu mengata orang, PAS lupa dia yang berlebih-lebih. 

Begitulah manusia, bila terkena batang hidung sendiri mereka akan terasa sampai ke mati. Seharusnya mereka berdiri dan terlebih dahulu memohon maaf atas perbuatan jawatankuasa JSR ketika mereka berkuasa dahulu. Tak payah nak tunjuk baik sedang rakyat tahu perbuatan kalian.

TAG