Sebagai ahli UMNO, Dr Mahathir berhak bersuara - Muhyiddin

Muhyiddin minta Tun Mahathir beri Najib peluang tadbir dengan cara sendiri JAKARTA : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidd...


Sebagai ahli UMNO, Dr Mahathir berhak bersuara - MuhyiddinMuhyiddin minta Tun Mahathir beri Najib peluang tadbir dengan cara sendiri
JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sebagai ahli UMNO, Tun DR Mahathir berhak untuk bersuara dan menulis sesuatu, lapor Bernama.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata beliau tidak merasakan Dr Mahathir mempunyai niat tidak baik apabila mempersoalkan tentang dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) berniat tidak baik sebab dia kata dia ahli UMNO dan sebagai ahli UMNO dia berhak untuk bersuara dan kita tidak menyekat beliau bersuara, menulis sesuatu.

"Kita hadapi masa mencabar, kita nak UMNO dan BN (Barisan Nasional) kuat,tak apalah pembangkang kuat tak kuat itu soal dia tetapi yang penting diperingkat UMNO kita mesti bersatu sebab kita akan hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Timbalan Perdana Menteri berada di Jakarta sempena lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini.

Menyentuh kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya.

"Kita kena berlaku adil kepada rakyat,untuk berlaku adil kepada rakyat ialah dengan memberitahu perkara sebenar. Apa yang rakyat mahu ialah kebenaran,apa yang rakyat mahu ialah cerita yang benar.

Kalau mereka mendengar daripada pihak lain, (akan timbul) pelbagai cerita,tetapi tidak dapat disahkan (sama ada) benar (atau) tak benar, jadi (akan) timbul banyak tanda soal dalam kepala dan benak rakyat dan pasti itu tidak baik untuk kita," katanya.

Beliau berkata, kabinet pernah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat bahawa dalam hal seperti itu terutama yang menyentuh peribadi perdana menteri atau keluarganya dan 1MDB, Perdana Menteri lebih tahu daripada orang lain.

Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas perdana menteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.

"Sebab itu, apabila beliau mencetuskan beberapa perkara dalam penulisan beliau, saya sendiri secara peribadi tidak memandang ringan. Ia ada impak dan kesannya. Kalau dia (Dr Mahathir) menyentuh mengenai urusan kerajaan, yang mana patut kita jelaskan, kita patut jelaskan," kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata, dalam isu tertentu yang menyentuh soal seperti 1MDB dan hal yang ada kaitan dengan perdana menteri sendiri, Najib juga boleh bertemu dengan Dr Mahathir untuk menjawab bagi menjelaskan
perkara sebenar.

"Saya setuju supaya bukan sahaja Perdana Menteri menjelaskan (isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir) untuk pengetahuan umum supaya tidak ada salah anggapan dan salah fahaman tentang perkara tertentu, penting juga penjelasan untuk pengetahuan rakyat. Tetapi saya fikir yang agak baik ialah pertemuan, kalau Datuk Seri Najib sebagai anak dan Tun sebagai bapa, maka saya pun begitu.

"Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa," kata beliau.

Katanya, jika bersemuka dan saling memahami, maka Najib boleh bertanya dan berbincang secara ikhlas dan mungkin isu yang dibangkitkan itu tidak berterusan serta tidak menjadikan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan serba salah.

Namun dalam masa yang sama Muhyiddin juga meminta Dr mahathir agar memberi peluang kepada Najib untuk mentadbir negara dengan caranya sendiri.

"Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu," katanya.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: Sebagai ahli UMNO, Dr Mahathir berhak bersuara - Muhyiddin
Sebagai ahli UMNO, Dr Mahathir berhak bersuara - Muhyiddin
http://img.astroawani.com/2014-06/51402718165_295x200.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/04/sebagai-ahli-umno-dr-mahathir-berhak.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/04/sebagai-ahli-umno-dr-mahathir-berhak.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy