TERKINI : Pagar RUMAH YB Alias Razak Di Penuhi Kanak-Kanak

Balerr yang menimpa rakyat Terengganu Semasa Pemerintahan PAS 1999-2004 Lima lagi sebab yang digariskan dalam buku bertajuk “Ala Balerr...


Balerr yang menimpa rakyat Terengganu Semasa Pemerintahan PAS 1999-2004 Lima lagi sebab yang digariskan dalam buku bertajuk “Ala Balerr!!!” yang mendedahkan mengapa Pas tidak layak menggantikan Umno ialah: 

HAMPIR tiga tahun setengah, rakyat Terengganu berada di bawah pemerintahan Pas. Pada mulanya mereka, terutamanya yang memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum 1999 mengharapkan sesuatu yang terbaik dari Pas, tetapi ternyata harapan itu meleset sama sekali. 

Sebaliknya mereka berhadapan dengan kezaliman dan pembohongan Pas. Mereka akhirnya mengalami sendiri penderitaan dan kesengsaraan di bawah pentadbiran Pas. 


Bukan merenung masa depan, tapi mungkin berfikir, sampai hati kami dilakukan begini.

SENARAI KEZALIMAN PAS DI TERENGGANU
1. TAWAN WISMA DARULIMAN: Wisma Darul Iman ditawan terus pada malam pilihanraya umum (29 November 1999) walaupun Kerajaan sebelumnya belum terbubar secara rasmi, juga kereta Ahli Exco (BN) dirampas di jalanan, tanpa penyerahan rasmi. 

2. SINGKIR PEGAWAI: Sebaik berkuasa Pas menyingkir, memberhenti dan menukarkan pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri yang disyakki tidak menyokong Pas. Pada Disember 1999 Setiausaha Kerajaan waktu itu (Dato’ Che Mat Jusoh) disingkirkan, Pengarah Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga dipecat dan penghulu yang pro Umno ditukar secara besar-besaran ke kawasan pedalaman. Menteri Besar Abdul Hadi Awang pada 17 Disember 1999 dengan angkuh berkata anggaplah itu ‘takdir Allah.’ 





3. JKKK DIMANSUH DAN DIHARAMKAN: Pada Januari 2000 Pas memecat ketua-ketua kampong dan menamat serta mengharamkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

4. UPU DIMANSUH, KAKITANGAN DIPECAT:Unit Perpaduan Ummah ditutup dan 420 kakitangan dipecat atas alasan agensi politik Umno, tetapi digantikan pula dengan Unit Pembangunan Insan dengan melantik dan membayar elaun kepada kader Pas. Bekas calon Pas DUN Ajil yang tewas dilantik sebagai Pengarahnya. 

5. HALAU KANAK-KANAK TADIKA KEMAS: Pas dan JSR bertindak menghalau kanak-kanak tadika Kemas dari balairaya dan lain-lain premis milik Kerajaan Negeri berjumlah 391 tempat (premis). 

6. JAWATANKUASA MASJID DITAMATKAN: Pada 2 Mei 2000 Ahlijawatankuasa Masjid yang belum tamat tempoh perkhidmatan ditamatkan oleh Kerajaan Pas Terengganu membabitkan 400 buah masjid dan 4,000 ahlijawatankuasa. 

7. KHUTBAH JADI MEDAN POLITIK: Mimbar masjid (khutbah) dijadikan oleh Kerajaan Pas untuk menyerang Kerajaan Pusat dan pihak yang tidak sealiran dengan mereka. 

8. PECAT PENERIMA BANTUAN MISKIN: November 2000, Pas menamatkan kira-kira 1500 orang penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri terdiri dari kalangan miskin, ibu tunggal dan warga tua yang disyakki tidak menyokong Pas. 

9. TAMAT ELAUN GURU AL-QURAN: Julai 2001 Pas menamatkan elaun 2,048 guru al-Quran kampong, yang dilantik di zaman pemerintahan BN. Turut ditamatkan ialah mubaligh dan guru agama Yayasan Islam Terengganu sejak Januari 2001. 

10. IMBUHAN HAD\FIZ AL-QURAN DIHAPUSKAN: Mulai Januari 2001 imbuhan hafiz dan haafizah Al-Quran, malah termasuk yang buta penglihatan ditarik balik dan elaun Qariah berjasa Hajah Rogayah Sulong turut ditamatkan.

11. PECAT DAN GANTUNG IMAM/BILAL: Menggantung dan memecat imam dan bilal masjid yang tidak menyokong Pas dan terlibat dengan JKKK. 

12. ZAKAT UNTUK PENYOKONG PAS: Orang miskin yang menyokong Umno dinafikan haknya untuk memperolehi wang zakat yang dibahagikan di masjid-masjid di kampung melalui peranan Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) 

13. RAMPAS WANG EHSAN UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN: Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri. 

14. PECAT PENGARAH TATI: Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI. 

15. CUKAI PETAK: Kerajaan Pas kononnya menghapuskan ‘cukai bakul’ untuk penjaja kecil di pasar tetapi, cukai petak pula dikenakan. 

16. JUAL SYARIKAT KERAJAAN: Anak-anak syarikat kerajaan negeri yang merupakan asset negeri dan rakyat seperti A&W, Babena dan lain-lain-lain dijual oleh Kerajaan Pas Terengganu. 

17. POTONG ELAUN KERJA LEBIH MASA: Memotong elaun kerja lebih masa kakitangan rendah Kerajaan Negeri atas alasan ketiadaan wang sedang pada masa yang sama rombongan pemimpin Kerajaan Pas ke luar negara bersilih ganti dan naik kapalterbang kelas pertama.Tahun 2000 hingga 2002 sebanyak 9 kali Haji Hadi ke luar negara dengan kos lebih ¼ juta RM. 

18. RAMPAS ASRAMA ANAK YATIM MILIK PERKAYA: Asrama anak yatim milik PERKAYA dirampas oleh Kerajaan Pas Terengganu. 

19. HALAU PENDUDUK MISKIN: Di bulan puasa (22 Ramadhan 1423 bersamaan 27 November 2002, penduduk miskin di penempatan PPRT Belaoh, Hulu Besut yang menyokong Umno diusir keluar dan pembinaan surau di penempatan itu dihalang oleh Kerajaan Pas Terengganu melalui Pejabat Daerah Besut. 

20. TUKAR PEGAWAI IKUT SELERA POLITIK: Pentadbiran Negeri diganggu oleh pihak parti menyebabkan pegawai ditukar sesuka hati. Sebanyak 15 kali pertukaran pegawai tadbir negeri berlaku dalam tempoh tiga setengah tahun Pas memerintah, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

21. PREMIUM TANAH DINAIKKAN: Bayaran premium tanah dinaikkan oleh Kerajaan Pas sebanyak 20 peratus berdasarkan harga pasaran semasa, semasa UMNO premium antara RM200-RM800 sahaja seekar. 

22. PREMIUM TANAK UNTUK BINA SEKOLAH DINAIKKAN: Premium tanah untuk pembinaan sekolah dinaikkan berlipat kali ganda. 

23. KAFIRKAN ORANG SESUKA HATI: Exco Kerajaan Pas secara terang mengkafirkan orang Umno, Dato’ Shukri Mohamad yang mengkritik Enekmen Jenayah Syariah Terengganu, Hudud dan Qisas. 

24. LESEN PASIR UNTUK KRONI: Lesen-lesen mengusahakan pasir sungai di Daerah Dungun yang dimiliki oleh orang Umno dirampas dan diberikan kepada orang Pas. 

25. RAMPAS TANAH RAKYAT: Tanah milik orang Umno di Kertih yang diusahakan berpuluh tahun dirampas oleh Pas. 

Kunci Balai Raya, Halau Murid Tadika – Politik balas dendam Kerajaan Pas tidak kira siapa, kanak-kanak tadika pun jadi mangsa. Kemenangan Pas di Terengganu menjadi ‘habuan’ buat pemimpin hingga kepada penyokong bawahan iaitu mereka boleh tunjuk kepada Umno dan BN bahawa Pas ada kuasa!. 

Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) di setiap kampung ‘naik toncang’ dengan mengunci balai raya, tempat kanak-kanak tadika belajar. Pelajar dan guru dihalau. 

Pas Punca MRSM-YT Ditutup - Bagi menutup kegagalan, menjadi kebiasaan Kerajaan Pas menyalahkan Umno dan BN zalim. Isu penutupan MRSM-YT di Dungun dan Besut sebenarnya berpunca daripada pemimpin Pas. Surat bertarikh 19 Disember 2002 mengarahkan MARA mengosongkan premis milik YT di Dungun dan berpindah ke sebuah lagi cawangan MRSM-YT di Besut selewat-lewatnya 5 Januari 2003.  

Selama 4 tahun, Pas Hanya Bina Satu Rangka Masjid - Kerajaan Pas hanya ada satu pilihan iaitu menyalahkan Umno apabila Masjid Kampung Gemuruh di Tepoh tidak mampu disiapkan, padahal masjid itu terletak bersebelahan dengan masjid lama dan rumah EXCO Kerajaan Pas, Abu Bakar Abdullah. 

Beri Tanah Kepada Kroni, Orang Kaya – Zaman Kerajaan Pas, tanah yang diagihkan kepada rakyat yang menyokong Umno dirampas dan tanaman dimusnahkan seperti berlaku kepada 15 penduduk di Kampung Alor Serdang, Setiu dan 30 peneroka di Kampung Kubu, Marang. Bagi penyokong Pas, ‘habuan’ dari sebuah kerajaan yang dijaja sebagai adil dan menurut Islam ialah lot-lot tanah kerajaan termasuk tanah yang dikosongkan untuk tujuan pembinaan sekolah, padang ragut dan kawasan riadah oleh Kerajaan BN sebelum ini. 

Lantik Anak-Beranak Exco Jadi Pengarah –Najman Kamarudin, anak saudara kepada Exco Pas, Dato’ Harun Taib turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di empat anak syarikat TDM yang mana Harun merupakan Pengerusi TDM iaitu; TDM Trading Sdn Bhd, TDM Properties Sdn Bhd, TDM Helling Sdn Bhd dan TD Ijarah Sdn Bhd.

COMMENTS

Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,139,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,654,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1334,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: TERKINI : Pagar RUMAH YB Alias Razak Di Penuhi Kanak-Kanak
TERKINI : Pagar RUMAH YB Alias Razak Di Penuhi Kanak-Kanak
http://3.bp.blogspot.com/-VEREZd8sHY0/VSOXfARzauI/AAAAAAAAChU/N2yJTf5n42s/s1600/tabika-halautrg.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-VEREZd8sHY0/VSOXfARzauI/AAAAAAAAChU/N2yJTf5n42s/s72-c/tabika-halautrg.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/04/terkini-pagar-rumah-yb-alias-razak-di.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/04/terkini-pagar-rumah-yb-alias-razak-di.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy