UMNO TERENGGANU MENYOKONG PENUH KEPIMPINAN YAB PRESIDEN UMNO


http://terengganutimes.com/umno-terengganu-akan-pertahankan-pm-razif

21 April, Rompin : Badan perhubungan UMNO Negeri Terengganu menyokong penuh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian semasa sidang media khas sebelum mesyuarat  jentera pilihan raya kecil P91 Rompin di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Kuala Rompin.

“Kami UMNO Negeri Terengganu ingin menyatakan sokongan penuh dan akan tetap bersama-sama  YAB Perdana Menteri serta memastikan rakyat Negeri Terengganu terus berada dibelakang beliau dengan bersandarkan prinsip-prinsip yang telah menjadi budaya dan amalan UMNO dan Barisan Nasional selama ini”

“Kami akan tetap mempertahankan beliau untuk meneruskan tugas-tugas beliau sebagai Perdana menteri dan juga Presiden UMNO Malaysia serta akan terus memastikan ahli-ahli UMNO dan rakyat Terengganu terus berada bersama beliau’ katanya lagi.

Sementara itu Ahmad Razif berkata Terengganu akan menghantar 400 orang (50 orang setiap bahagian) jentera UMNO sepenuh masa dan 1000 orang akan bergilir-gilir bagi membantu kerja-kerja pilihan raya kecil disini dan setiap Bahagian dalam Negeri Terengganu akan menjaga 7 pusat daerah mengundi (PDM) di dalam Dun Tioman dan Dun Muadzam Shah.

“Di dalam Dun Muadzam Shah kita akan menjaga 3 PDM iaitu Kedaik,  Gading dan Leban Condong dan juga bagi Dun Tioman pula kita menjaga PDM Sungai Puteri, Kuala Rompin, Bandar Bar Rompin dan PDM Pontian”

“Kita (Terengganu) diberikan tanggungjawab  untuk menjaga pdm-pdm ini kerana kebanyakkan pengundi disini lebih dekat dengan kita dan sebahagiannya adalah dari rakyat Terengganu yang menetap disini” katanya lagi.

Tambahnya lagi, kita diberi kepercayaan itu kerana  Terengganu semasa pilihan raya kecil Pengkalan Kubur tempoh hari kita telah berjaya meningkatkan jumlah UNDI di kesemua pusat daerah mengundi yang mana Terengganu menjadi negeri angkat disana

TAG