ADA Ke Vedio Pergaduhan PAS dan PKR PERMATANG PAUH

PERGADUHAN BERLAKU DI #PRKPERMATANGPAUH ! #KakWan4PP

Perkembangan terbaru di PRK Permatang Pauh.  
Sila baca laporan TV14: 
Berlaku satu kejadian panas dan tegang pada hari ke-7 kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Difahamkan pada awal pagi tadi, sekumpulan pemuda PAS yang terdiri daripada lima orang pemuda telah “bertempur” dengan 10 orang pemuda PKR di Permatang Pasir.

Kejadian pada awal jam 2.00 pagi itu, berlaku apabila 5 orang pemuda PAS terbabit sedang menjalankan kerja kerja mengedarkan risalah dan memasang banner mempertikaikan pihak yang menentang hudud. Antara yang dipasang oleh 5 orang Pemuda PAS terbabit adalah banner amanat arwah Fadzil Noor (bekas Presiden PAS) tentang pihak yang menentang hudud.

Selepas menyedari 5 orang pemuda PAS terbabit memasang banner tersebut, mereka telah didatangi oleh 10 orang pemuda PKR. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut hinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.

Kemudian, 10 orang Pemuda PKR terbabit telah membawa 5 orang pemuda PAS terbabit ke markas PAS di kampung Permatang Pasir.

Bagaimanapun pergelutan itu dapat dihidu oleh pihak polis yang bertugas pada awal pagi tadi. Pihak polis berjaya menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.

Suasana panas ini mungkin terjadi setelah pemuda pemuda PAS semalam membuat demonstrasi menolak pihak pihak yang mene hudud di Kampung Pertama, Permatang Pauh selepas selesai sembahyang Jumaat.

Biarpun difahamkan sebelum ini Pemuda PAS membuat pusingan ” U TURN” menyokong PKR.

Namun tindakan demonstrasi terbuka mengecam pihak yang menentang hudud semalam, dan kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi membayangkan bahawa ada pergolakan besar yang sedang berlaku antara PKR dan PAS tv14
PRK Permatang Pauh ini nampaknya telah menyebabkan berlakunya pergeseran hebat di antara PKR dan PAS. Kita menunggu berita seterusnya tentang laporan TV14.

Dalam masa yang sama, kepimpinan PKR telah mendedahkan punca wujudnya cek RM2.5 juta di PRK Permatang Pauh :BACA SINI