SEMBAH DERHAKA PAS TERENGGANU !!!!

Wan Sukairi Wan Abdullah Pengarah Penerangan PAS TERENGGANU menghina dan menyembah DERHAKA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah tentang pertandingan kereta berhias yang dianjurkan semperna hari keputeraan Baginda Sultan pada 5 Mei yang lalu.


PAS Terengganu menyifatkan program yang diatur sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin satu pembaziran dan ia tidak memberi manafaat kepada rakyat.

Menyentuh Pertandingan Kenderaan Berhias 2015 yang dianjurkan malam tersebut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa, kerajaan negeri ‘memperalatkan’ Sambutan Keputeraan Sultan Terengganu untuk ‘menghalalkan’ pembaziran.

“Adakah atas nama Sambutan Keputeraan Sultan maka ia (program membazir) dibolehkan? Adakah pihak kerajaan sudah kekeringan idea?” soal Wan Sukairi dalam satu kenyataan hari ini yang turut disiarkan sebuah portal milik PAS Terengganu, Buletin Online.


Sultan Mizan berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kenderaan Berhias 2015 di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.

Sultan Mizan berkenan mencemar duli menyaksikan perarakan itu dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu malam tadi. Turut berkenan berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Wan Sukairi turut mempersoalkan, kenapa program perarakan kenderaan berhias yang sudah lama tidak dianjurkan muncul kembali.

“Kenapa sekarang ia muncul kembali? Tidak adakah program-program lain yang lebih bermanafaat, berfaedah,” soal beliau.

SEMBAH DERHAKA ITU DITULIS DALAM PORTAL MILIK PAS "Buliten Online" semalam.
::kulihatlangitbiru.com::