Semperna Muktamar Pas Hadi VS Ahmad

Hari ini telah terbongkar dengan sendirinya siapa sebenarnya Presiden Pas, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang apabila kepimpinannya akan dicabar oleh Ustaz Ahmad Awang dalam pemilihan parti itu tidak beberapa hari lagi.

Ketua Pemuda Pas pusat sendiri, Suhaizan Kaiat terang-terang menolak Haji Hadi dengan mahu menukarkan kepimpinan agar kembali kepada cara dan falsafah bekas pemimpin terdahulu- Allhyarham Burhanuddin Helmy.

Suhaizan Kaiat berusaha untuk mengangkat agenda perjuangan ‘Pemuda Al-Helmy’ sekiranya dipilih sekali lagi meneraju dewan itu.

Al-Helmy merujuk kepada Dr Burhanuddin Al-Helmy, Presiden PAS ketiga (dahulu dikenali sebagai Yang Dipertua PAS) sekitar tahun 1956 – 1969, zaman sebelum konsep kepimpinan ulama diperkenalkan.

“Saya ingin mengagaskan Pemuda Al-Helmy sebagai gagasan pemuda kemenangan. Pemuda Al-Helmy adalah Pemuda yang memiliki pakej ‘rabbani’, ‘faqih’ dan ‘haraki’,”katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Suhaizan memuji Burhanuddin Al-Helmy sebagai seorang yang rabbani, faqih dan haraki yang telah berjaya meletakkan PAS dalam arus perdana gelanggang politik Malaysia.

Jelas di sini Haji Hadi tidak dilihat olah Suhaizan sebagai seorang ulamak yang setaraf dengan pimpinan Pas sebelumnya.

Walaupun anak kepada Haji Hadi adalah merupakan Timbalannya dalam Pemuda Pas pusat, tetapi Suhaizan tanpa segan dan silu memperlekehkan kepimpinan ayahanda kepada timbalanya sendiri.
Walaupun sebelum ini Haji Hadi diangkat dan disanjung sebagai ulamak bertaraf dunia oleh Pas, kini tembelangnya telah pecah bahawa sebahagian ahli Pas tidak mengiktirafkan kedudukannya sebagai Naib Presiden Ulamak Islam Sedunia.

Seperti memperlekehkan Haji Hadi sebagai Naib Presiden Ulamak sedunia, Ustaz Ahmad Awang berkata beliau menawar diri untuk jawatan nombor satu Pas dengan berhasrat untuk memastikan Pas terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman Pas untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Maknanya selama ini, Haji Hadi gagal dalam perkara itu walaupun diwarkan-warkan sebagai hebat bertaraf ulamak dunia.

“Kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi,” kata Ustaz Ahmad Awang sebagai sebab-sebab beliau bertanding melawan Presiden Pas sedia ada, Haji Hadi Awang.

Ahmad juga berkata,” Saya berhasrat – tentunya dengan dokongan semua – ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah.

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu “Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing”.

PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Jelas kenyataan Ustaz Ahmad ini melebelkan Haji Hadi seorang pemimpin yang gagal dalam penyatuan dan pengukuhan kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah. Bermakna selama ini perpecahan banyak belaku di kalangan pendokong Pas berpunca dari Haji Hadi sendiri?

Ahmad Awang berkata,   bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?
Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen ‘anti itu’ dan ‘anti ini’.

Sungguh amat mengaibkan kepada Haji Hadi bila lawannya Ahmad Awang melalui kenyataan seperti ini mengenepikan sama sekali kemampuan Haji Hadi selama ini.

Haji Hadi dilihat amat gagal mengurus perbezaan pendapat dan sememangnya banyak mengeluarkan ucapan pedas bersentimen anti itu dan anti ini.

Ustaz Ahmad Awang berkata, PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.
PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.


Ahmad Awang dalam kenyataan ini jelas memperlekehkan kewibawaan wakil wakil rakyat Pas selama ini, termasuk Haji Hadi sendiri yang gagal memainkan peranan sebenar sebagai contoh ikutan rakyat.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim pula menyifatkan keputusan bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pemilihan bulan depan membuktikan jawatan presiden PAS tidak kebal.

Dalam apa keadaan cabaran terhadapnya, Haji Hadi tetap berkeras dengan kebenaran di pihaknya yang tidak mahu bersengkongkol dengan mana-mana pihak yang mempunyai fahaman dan perjuangan berbeza.

“PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.
Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam,”

kata Hadi dalam ucapannya di majlis penutupan muktamar  PAS 2014.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa yang pasti Pas yang pernah didakwa sebagai parti Allah (Hisbullah) kini sedang dilanda perpecahan dan bertelingkahan dalam merebut takhta.
TAG