Terkini CUBAAN BUNUH DIRI DI MENARA MASJID - MANGSA SELAMAT DAN PATAH KAKI SAHAJA


Seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada Masjid Kampung Baru, di sini, bernasib baik apabila dia hanya patah kaki kanan.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, mangsa berusia 23 tahun dilihat memanjat menara masjid Kampung Baru.
Lelaki terbabit di percayai mempunyai masalah mental itu kemudian bertindak terjun dari menara terbabit sebelum jatuh ke atas bumbung di kawasan berdekatan.
Difahamkan orang ramai yang berada di kawasan terbabit cuba memujuk tetapi tidak diendahkan.
Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.