Bawah 13 Tahun Mara ke Final Ibercup 2015 di Sepanyol

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 13 Tahun (B-13) negara melakar sejarah apabila mara ke final Ibercup 2015 di Sepanyol selepas menundukkan pasukan Sevilla FC di Costa del Sol, awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Lim Teong Kim itu menang saingan separuh akhir menerusi sepakan penentuan, 7-6, selepas kedua-dua pasukan terikat, 0-0, dalam tempoh masa sebenar perlawanan.

Mereka akan bertemu pasukan Sporting Lisbon B-13 pada final hari ini, yang dijadualkan bermula jam 12.30 tengahari (waktu Sepanyol) atau 5.30 petang waktu Malaysia.

Penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel muncul wira Malaysia apabila menyelamatkan penalti terakhir Sevilla untuk menang dengan keputusan 7-6.

TAG