Mamat Jusoh Akhirnya Pulang ke Malaysia Selepas 2 Bulan KOMA

IMG-20150623-WA0031Kepulangan Haji Mamat Jusoh, 69, ke tanah air bumi Malaysia diiringi oleh Yab Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu dan Isteri To’ Puan Halina Zakaria serta anak beliau Mazri Mamat,38, tiba di KLIA pada jam 11.30 pagi ini.

Selama 2 bulan berada ditanah Suci Mekah dan dirawat di Hospital Ajyad (milik kerajaan Arab Saudi) yang bermulanya Mamat Jusoh mengerjakan Umrah bersama isteri Hajah Rokiah Seman, 58 berlepas dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 5 April lalu.

Menurut Mazri, kejadian koma bermula pada 11 April iaitu beberapa hari selepas mengerjakan umrah, sewaktu ayah beliau menunaikan solat Asar di Masjidil Haram, tiba-tiba jatuh dan terus koma.

“sebelum itu ayahnya memang pernah mempunyai penyakit darah tinggi, tetapi tidak menyangka pula jatuh dan koma di sana”.

“Ayah yang pergi membuat umrah bersama emak dalam keadaan sihat walafiat. Sudah ditakdirkan ayah sakit dan koma sekarang di tanah suci”.

“Kami hadapi ujian Allah ini dengan penuh redha dan berusaha agar ayah kembali sembuh”.

Setibanya Mamat Jusoh di KLIA ia telah disambut oleh kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dibawa terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur( KLIA) ke HSNZ, Kuala Terengganu.

Menurut Mazri lagi, terlalu besar budi dan jasa Menteri Besar, Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan kerajaan negeri Terengganu kepada keluarga mereka, demikian.

Bagi penulis, keluhuran, kecaknaan yang ada pada Yab Dato’ Seri Ahmad Razif telah dizahirkan kali ini dan ia mengambarkan sesebuah kerajaan yang mana didokong oleh UMNO/BN tidak ZALIM seperti yang digambarkan oleh PEMBANGKANG.
Sebagai Pemimpin No. 1 Negeri Terengganu  Yab Dato’ Seri Ahmad Razif mempunyai sentuhan dalam menyantumi denyut nadi rakyat dibawah jajahannya.
IMG-20150623-WA0033

IMG-20150623-WA0037

IMG-20150623-WA0039

IMG-20150623-WA0036

IMG-20150623-WA0035
TAG