Menghina Ulama' BIASA Musim MUKTAMAR

Ulama PAS hari ini menggesa ditinggalkan perbuatan mengejek dan mempersenda para ulama yang soleh, yang gigih berdakwah dan sentiasa memelihara hukum hakam Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (gambar) berkata, perbuatan mengejek para ulama yang memiliki sifat-sifat sedemikian, dibimbangi mengundang kemurkaan Allah.
“Usahlah bersuara lantang mengejek dan mempersenda Alim-Ulamak yang soleh, yang hidupnya setiap hari pagi dan petang, dari muda hingga ke tua menyampaikan kalam Allah, yang tidak tinggalkan solat malam yang menjaga hukum halal dan haram.
“Bimbang kita termasuk kalangan orang yang diisytihar perang oleh Allah sebagaimana Hadis Qudsi Allah berfirman (yang bermaksud) “sesiapa memerangi, menghina atau menyakiti wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang kepadanya”, katanya dalam satu kenyataan bertajuk ‘Jangan Persenda Wali Allah’ di Facebook hari ini.
Sejak kebelakangan ini, pemimpin tertinggi DAP iaitu Setiausaha Agung dan Penasihat parti itu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang begitu aktif menyerang dan memburuk-burukkan peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Walau bagaimanapun, kenyataan Khairuddin ini dipercayai ditujukan kepada ahli-ahli PAS sendiri memandangkan ia kenyataan yang berbentuk nasihat keagamaan dan dilengkapi dengan nas hadis yang bersesuaian dengan sasaran beragama Islam.
Pemilihan kepimpinan baru PAS yang akan berlangsung dalam Muktamar Tahunan parti itu awal Jun ini, menyaksikan pertembungan yang jelas antara golongan ulama dan profesional, yang dilatari dengan kempen-kempen yang boleh disifatkan ‘kotor’ dijalankan terutamanya melalui media sosial dan elektronik-