PBSNT di Beri Kata 2 oleh Exco Belia dan Sukan


Di Stadium Shah Alam, Selangor meraih kemenangan ketujuh musim ini setelah mengalahkan Terengganu 2-0 hasil jaringan penyerang, Abdul Hadi Yahya pada minit keempat dan pemain pertahanan, Robert Cornthwaite pada minit ke-23.

Manakala Exco Belia dan Sukan Dan Sumber Manusia Negeri Terengganu Datuk Rozi Mamat pula menyatakan Kerajaan Negeri memandang serius dgn kekalahan Pasukan Bola sepak Terengganu 6 kali berturut turut..

"Pihak Pengurusan dan Pemain perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan siri kekalahan ini"

"Kerajaan negeri mahu pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberi penjelasan tentang  kemerosotan pasukan Bolasepak Terengganu dan adakah langkah langkah segera yang perlu dilakukan oleh PBSNT"

"Kerajaan negeri sangat kecewa kerana telah banyak menyumbang kepada Pasukan Bolasepak Terengganu tetapi hasilnya sangat mengecewakan"katanya didalam akau facebook miliknya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan memanggil pengurusan PBSNT dalam masa terdekat utk mengetahui punca dan cara penyelesaian kepada masalah Pasukan Terengganu


Pendahulu Liga Super, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 1-1 menentang pesaing terdekat, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Keputusan seri itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan kedua-dua pasukan dengan Pahang terus mengekalkan kedudukan di persada liga dengan kutipan 27 mata, berkelebihan dua mata ke atas JDT.

Pada aksi berkenaan, Mohd Amri Yahyah meletakkan skuad 'Harimau Selatan' di hadapan pada minit ke-67 sebelum pemain pertahanan Pahang, Damion Delano Stewart menyamakan kedudukan, selang empat minit kemudian.

Pahang berpeluang menambah menerusi penyerangnya, Dickson Nwakaeme pada minit ke-76 namun percubaan beliau sekadar singgah di palang gol pasukan JDT.


Turut meraih tiga mata penuh adalah pasukan Perak yang menang selesa 3-1 ke atas pasukan tercorot liga, Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pemain tengah dari Serbia, Marko Perovic bagaimanapun mengejutkan pasukan pelawat apabila menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-15 setelah mudah menolak masuk hantaran daripada rakan sepasukan.

Perak mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya meraih tiga gol menerusi Horace James pada minit ke-30, Charles Chad Souza pada minit ke-45 dan Mohd Nasir Basharuddin pada minit ke-75.

Wakil kelab Lembah Klang, Felda United FC pula naik satu anak tangga ke kedudukan kelima di belakang Perak selepas melakar kejutan dengan menundukkan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Dua gol skuad 'The Fighters' dijaringkan oleh D. Christie Jayaseelan pada minit ke-11 dan pemain import dari Brazil, Thiago Augusto pada minit ke-58.

Terdahulu, PDRM mengalahkan wakil kelab dari Singapura, Lions XII 2-1 pada aksi tunggal Liga Super di Stadium Shah Alam pada Jumaat.

Satu lagi perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sepatutnya berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam ini terpaksa ditunda berikutan perkarangan stadium digunakan sepenuhnya untuk program Madinah Ramadan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.

-- BERNAMA
TAG