USUL KELUAR PAKATAN DAPAT SOKONGAN - MUKTAMAR PAS

Pada muktamar PAS kali ini, dikatakan tiada pihak akan membawa usul untuk keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi sebenarnya ada dan ia di...

Muktamar Pas: Dewan Ulama Usul Keluar Pakatan
Pada muktamar PAS kali ini, dikatakan tiada pihak akan membawa usul untuk keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi sebenarnya ada dan ia dibawa oleh Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Biarpun tidak menyentuh secara langsung berkenaan mahu membawa PAS keluar dari pakatan bersama dengan DAP dan PKR, namun nadanya keras menempelak DAP.
Menurut beliau, Pakatan kini diambang pertembungan antara parti.
Bermula dengan ‘Langkah Kajang’ yang songsang tanpa persetujuan semua parti dalam Pakaran, diikuti pula dengan krisis pengguguran Menteri Besar Selangor sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“DAP melancarkan pelbagai serangan provokasi terhadap batang tubuh Presiden PAS khususnya. DAP membuat keputusan rasmi memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi tidak dengan PAS.
“Ini merupakan satu perancangan pecah dan perintah oleh DAP iaitu memecahbelahkan kesatuan pimpinan untuk mereka menguasai PAS,” katanya.
Dr Mahfodz berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS kali ke-54 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) di Taman Melewar, hari ini.
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din merasmikan muktamar dengan tema ‘Prinsip Perjuangan Asas Nusrah Kemenangan’ itu.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Mazlan Aliman.
Katanya lagi, DAP juga telah memutuskan kerjasama Pakatan di Sabah dan Sarawak serta menentang keras usaha Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan undang-undang Hudud.
Tambahnya, terkini DAP pula memberi isyarat campur tangan dalam pemilihan PAS dengan mengandaikan mereka akan membuat keputusan berhubung kedudukan mereka dalam PR selepas muktamar PAS.
“Ia adalah isyarat campur tangan yang jelas agar perwakilan memilih pemimpin baru PAS yang pro dengan segala tindak tanduk DAP.
“Situasi ini memperingatkan kita dengan syarat-syarat tahaluf siyasi yang telah digariskan oleh Majlis Syura Ulamak pada 2009,” ujarnya.
Menurut beliau, tindakan provokatif DAP itu boleh membatalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara Parti Islam dengan parti sosialis tersebut.
Beliau menjelaskan, tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dan parti-parti yang tidak berasaskan Islam hukum asalnya dilarang oleh Islam.
Namun, katanya ia diharuskan apabila ada keperluan dengan beberapa syarat, antaranya tahaaluf dan kerjasama itu menjadi platform untuk mengukuhkan Islam dan ia tidak menjadi penghalang untuk pelaksanaan Syariat Islam.
Dengan syarat-syarat tersebut, ujar beliau Majlis Syura Ulamak telah mengharuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS dengan PKR dan DAP.
“Tahaluf siyasi atau kerjasama politik merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS sebagai strategi memaksimumkan kemenangan PAS dan meminimumkan kemenangan Barisan Nasional,” kata beliau.
Tambah beliau, thaaluf siyasi dengan DAP dan PKR bermula dengan rundingan kerusi untuk menghadapi PRU12.
Strateginya, kata beliau ialah agar tidak berlaku pertembungan antara parti pembangkang dalam menghadapi BN.
Katanya lagi, strategi tersebut berjaya menyebabkan jatuhnya Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak daripada tangan Barisan Nasional.
“Rentetan itu, ditubuhkan kerajaan bersama antara parti pembangkang. Kedah ditubuhkan kerajaan bersama antara PAS dan PKR.
“Pulau Pinang pula kerajaan bersama antara DAP dan PKR. Perak dan Selangor pula kerajaan bersama 3 parti PAS, PKR dan DAP,” ujarnya lagi.
Akhirnya, kata beliau ditubuhkan pula Pakatan Rakyat pada 2009.
“Dalam PRU13 pada 2013, PR menyertai pilihan raya dengan mempertaruhkan kekuatan kerjasama Pakatan Rakyat namun kita gagal mempertahankan Kedah dan gagal mendapatkan semula Perak yang dirampas oleh Umno menerusi pengkhianatan beberapa Adun DAP dan PKR,” kata beliau.
– PRU14.tv

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Name

#PengkalanKubor,4,100 hari,9,13 mei,4,50 Dalil,11,505,2,66 tahun,1,Abby Abadi,7,ABIM,2,Adun Ladang,6,Adun Pas,2,Agama,61,Agama dan Politik,67,Ahmad Said,3,Air,1,Al-Quran,2,Allah,1,Altantuya,3,Amanat Haji Hadi,4,Ambiga,2,Amerika Syarikat,1,Antarabangsa,4,Anti Pengkhianat,119,Anwar,41,ANWAR 901,11,Anwar Ibrahim,64,ANZ,1,Arab Spring,1,Arak,1,Artis,40,Azhar Idrus,7,Azmin,7,BadrolAmin,4,Badut,2,Bajet 2014,1,Bala,2,Balak,1,Barisan Nasional,1,BEBAS,2,Belia,1,Bendera,1,Berita,16,BERSHIT,1,Bersih,20,BERSIH 3.0,9,Bersih Mesir,1,Bible,1,Bisnes,5,Blackout 505,15,BR1M,7,Calon PRU 13,5,CF,1,Dakwah,2,Dalam Negeri,140,DAP,76,DAP Ganti PAS,34,Dap Haram,4,Debat,3,Dedah,5,Deepak,1,Demo,2,Derhaka,1,DFK,1,Doa,1,Doa PAS,3,DS Najib,12,DUN Terengganu,1,Dunia,35,eksklusif,2,Eksklusif PRU 13,134,Ezam,1,Featured,2,Felda,8,Fitnah,3,Forum,1,Gangnam,1,GAY,1,Gereja,1,GST,1,Guru,1,Hadi Awang,29,Haji,2,Haron Din,1,Harun Din,2,Hasad,1,Hasan Ali,20,Hiburan,43,HIMPUN,7,Hina,2,Hina Agong,2,Hina Islam,6,Hipokrit,1,Hudud,4,Husam Musa,1,Info,133,Ingat Dok Lagi,1,Inkues TBH,2,Irene Fernandez,1,Islam,8,Israel,2,Janji,1,Janji Bershit,1,Janji Ditepati,1,Jenayah,135,Jerebu,1,Jet,1,Jinggay,2,kaabah,1,kabinet,1,Kalimah Allah,14,Karpal,5,Kedah,8,Kelantan,4,Kesihatan,3,KFC,1,Khairy KJ,3,Khalwat,2,Kiram,1,Kisah dari kubur,1,KL226,1,konvensyen,1,Kristian,4,Kualiti,1,Kuasa Allah,23,KUIN,2,Ladang,1,Lahad Datu,2,Lembu Pas,11,LGBT,2,Lim Guan Eng,5,Lim Kit Siang,1,Liwat,8,Luar Negara,7,Lynas,3,Macam-macam,42,Mahasewel,1,Mahasiswa,1,Mahathir,7,Majlis Peguam,1,Mak Chili,1,Malaysiakini,1,manifesto,1,manifesto PRU13,3,Marang,3,Mat Sabu,10,Mekah,1,Melayu,1,Memali,1,Mesir,2,MH370,9,Mimpi,1,MNLF,1,Muhyiddin,4,Murtad,12,Muslimah PAS,3,Nasharudin,3,Nasyid,2,Nazmi Faiz,1,Nazmi Faiz Mansor,1,NijabRazak,1,Nik Aziz,32,Nizar,2,Nurul Izzah,3,Old Town White Coffee,3,ops daulat,131,Ops Sulu,127,Paka,2,Pakatan,27,Palestin,10,Panazs,39,Parlimen,1,Pas,91,PAS Kedah,4,PAS Kelantan,3,Pas Lembu,5,PAS Pembohong,5,PAS Seleweng,7,PAS Sesat,12,PAS ZALIM,134,PASAR PAYANG,4,Pasca PRU 13,17,Pelancongan,2,Pelawak,2,Pelik,6,Pembohong,3,Penang,2,Pendeta,1,Pengajaran,1,Pengkhianat,4,penyolong pakatan,1,Pesanan,1,Petronas,2,PKNS,1,PKR,17,PKR ZALIM,82,PNB,1,POLIS,3,Politik,663,PRK DUN KAJANG,2,PRK Kajang,1,Prk Sungai Limau,7,PRK Terengganu,92,PRU 13,12,PRU DUN Sarawak x10,16,Psy,2,PTPTN,7,rafizi,1,Rafizi Ramli,4,Rahim Noor,1,Raja Bahrin,8,Rakyat,1,Ramadhan,2,RBA,1,Red Bean Army,4,Red Bean Arny,1,Reformasi 901,3,Rencana,3,Renungan,3,Republik,1,Resign,1,Rhu Rendang,1,Ridhuan Tee,2,Royalti,2,RPK,1,Saifudin Nasution,1,salib,1,saman,2,Sejarah,2,seks,3,Seks bebas,24,Selangor,3,selebriti,1,Selebtiri,1,semada,2,semasa,1340,SemasaInfo,1,semass,3,Sesat,3,Sidang Dun Terengganu,4,Sinar,1,Sinar Harian,1,Skandal,29,Sketsa,3,Songsang,2,sosial,2,SPR,1,Stadium,2,STP,2,subsidi,2,Sukan,80,Sukma 2012,2,Sukma Pahang,1,Sukma Pahang 2012,1,Syaitan,1,Syed Azman,1,Syiah,6,Tahun Baru Cina,2,Tanah,1,Tazki,1,Tazkirah,52,Tengku Mahkota Johor,1,Terengganu,40,Terkini,96,Tian Chua,3,TNB,1,Toksid,2,Tonggeng,1,Tragedi,64,Tragedi semasa,2,TUKAR,1,Tyson,1,Ulama,2,UMMI HAFILDA,2,UMNO,8,Unit Amal Pas,1,USA,1,Ustaz Azhar,2,Ustaz Kazim,1,Utusan,6,Vatican,1,Video Seks,35,Wacana,2,Wan Azizah,1,Whatsapp,1,Yahudi,9,Zakat,1,Zal,1,Zionis,2,Zoo Kemaman,1,Zul Nordin,3,
ltr
item
Ku Lihat Langit Biru: USUL KELUAR PAKATAN DAPAT SOKONGAN - MUKTAMAR PAS
USUL KELUAR PAKATAN DAPAT SOKONGAN - MUKTAMAR PAS
http://azmykelanajaya.com/wp-content/uploads/2015/06/3Jun15Ulamak_1-667x500-420x315.jpg
Ku Lihat Langit Biru
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/06/usul-keluar-pakatan-dapat-sokongan.html
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/
http://www.kulihatlangitbiru.com/2015/06/usul-keluar-pakatan-dapat-sokongan.html
true
4940700211240476214
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy