Video : Skuad Bawah 13 Tahun Negara ke Separuh Akhir Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015

Rentak kecemerlangan skuad Bawah 13 Tahun (B-13) negara di Kejohanan Ibercup Costa Del Sol 2015, Sepanyol berterusan apabila mara ke separuh akhir, hari ini. 

Pada perlawanan suku akhir di Kompleks Sukan La Campana, skuad negara yang muncul juara peringkat kumpulan selepas membelasah kelab FC Barreirense B13, dengan keputusan 5-0. Pemain Malaysia, Luqman Hakim turut mencipta sejarah apabila meledak hatrik pada perlawanan terbabit. 

Meledak gol pembukaan seawal minit kedua perlawanan, Luqman menambah jaringan pada minit ke-16 dan 37. 

Gol keempat Malaysia dijaringkan Asman Asrul Sulkarnain pada minit ke-40 dengan Amran Abd Jamil melengkapkan jumlah jaringan tiga minit kemudian. Lawan pasukan negara yang dibimbing Lim Teong Kim di peringkat separuh akhir esok ialah kelab Sepanyol, Sevilla FC. 

Malaysia mara ke suku akhir selepas muncul juara Kumpulan D manakala FC Barreirense B13 adalah naib juara Kumpulan C. Sebagai rekod Malaysia B13 pernah menewaskan Sevilla B13 dengan keputusan 1-0 pada kejohanan Piala SuperMokh 2014) dan seri 0-0 pada perlawanan jelajah Eropah. 

Ibercup Costa Del Sol adalah kejohanan bola sepak peringkat remaja terkemuka di dunia yang membabitkan pelbagai pasukan dari kelab gergasi dunia.



TAG