Wakil Rakyat Yang GAGAL Cuba Menghasut RAKYAT???

matnoor
Cadangan pembangunan di  beberapa kawasan di DUN Bukit Payong melibatkan Kampung Laut, Kampung Baram Sungai Pinang dan Pekan Gelugor  telahpun dikemukakan sejak Mei tahun 2010.

Mantan Menteri Besar Terengganu pada ketika itu pernah mengemukakan cadangan pembinaan dua buah masjid di Kampung Laut dan Kampung Gelugor, perumahan kos rendah di Kampung Laut, padang bola di Kampung Baram Sungai Pinang dan lampu limpah di Pekan Gelugor.

Cadangan ini jelas disambut baik pada waktu itu oleh penduduk di DUN Bukit Payong yang mahukan pembangunan serta kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.

Projek Perumahan Taman Suria Kampung Laut merupakan projek perumahan Kos Rendah Mampu Milik. Ianya melibatkan sebanyak 500 unit rumah yang akan dibina di kawasan tersebut . Projek perumahan ini adalah bagi memenuhi keperluan rakyat dan dijangka akan dapat merealisasikan impian rakyat setempat yang mahu memiliki rumah sendiri di samping mempunyai kemudahan lengkap yang berhampiran.

Memandangkan kos bagi memiliki sebuah rumah kini semakin tinggi, inisiatif kerajaan negeri dalam usaha menitikberatkan keperluan serta kemudahan rakyat di Terengganu tidak seharusnya diperlekehkan serta dipandang ringan.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Bukit Payong walaubagaimanpun nyata menunjukkan kebimbangannya terhadap pembangunan yang mahu dibawa oleh kerajaan negeri Terengganu di kawasan tersebut.

Kenyataan yang dilemparkan oleh ADUN Bukit Payung jelas dilihat sebagai sebuah momokan dan cuba menghasut apabila menimbulkan soal jumlah pampasan kepada penduduk setempat. Soal pertukaran kontraktor yang dibangkitkan oleh beliau dalam kenyataannya juga tidak seharusnya dijadikan isu; ini kerana di pihak kerajaan berhak memilih mana-mana kontraktor yang dirasakan mempunyai kelebihan dan 'track record' yang baik.

Sebelum ini, wakil rakyat tersebut juga pernah dikritik hebat oleh rakyat Terengganu kerana membantah pembinaan susur bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud atas alasan pembaziran. Pembinaan susur bertingkat di Jambatan Sultan Mahmud adalah cadangan kerajaan negeri bagi mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud terutamanya di waktu puncak dan musim perayaan atau cuti sekolah. Cadangan ini seterusnya disambut baik oleh orang ramai khususnya penduduk setempat.

Kampung Laut yang dilihat ketinggalan dalam aspek pembangunan sewajarnya mendapat perhatian kerajaan tanpa mengira ideologi politik pimpinan di kawasan berkenaan. Namun malang bagi penduduk di DUN berkenaan sekiranya mempunyai seorang pemimpin yang hanya menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan serta cuba menolak pembangunan yang dibawa kerajaan negeri bagi memajukan kawasan tersebut.

Dua persoalan yang timbul kini, sudah genap lima tahun dari cadangan ini dikemukakan, mengapa hanya kini ianya menjadi satu isu?

Apakah ADUN Bukit Payong bimbang dengan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional di kawasannya akan membuatkan beliau hilang sokongan sebagai wakil rakyat?

Beliau yang lebih gemar menunding jari mencari setiap inci kesalahan di pihak kerajaan dan langsung tidak berusaha demi sebarang pembangunan kepada penduduk di kawasannya sendiri, jelas menunjukkan beliau adalah contoh gagal seorang pemimpin.
TAG