AMZAD HASHIM MULA LANGKAH MENJADI CALON PRU14 GUNA ISU PAGAR

Kerja-kerja bagi merobohkan pagar setelah pemilik tanah di beri notis dan akur dengan MBKT.
Kerja-kerja bagi merobohkan pagar setelah pemilik tanah di beri notis dan akur dengan MBKT.
Kes Aduan berkaitan laluan orang ramai di lot 4565 Mukim Bandar Kuala Terengganu, Kampung Tanjung Paya yang di tutup oleh pemilik tanah meyebabkan 5 buah rumah terlibat dan pemagaran sehingga menyebabkan tanah rezab kerajaan juga di pagar oleh pemilik.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan tepat apabila membawa perbincangan dengan pemilik Tanah tersebut supaya pagar yang di buat di robohkan kembali.
lot laluan jalan
jalan di buat atas rezab kerajaan lot 4565 Mukim Bandar Kuala Terengganu, Kampung Tanjung Paya
Walaupun tanah rezab kerajaan untuk laluan tersebut hanya seluas 2 meter hanya untuk laluan motor sahaja, tetapi Kerajaan Negeri telah komited berusaha untuk mengambil balik tanah pemilik tersebut agar 5 buah rumah yang terlibat mempunyai jalan laluan kereta.
Notis agar pagar di robohkan kepada pemilik tanah tersebut juga telah di keluarkan dan mereka akur, walaupun tindakan kerajaan ini tepat tindakannya, PAS pula yang menjadi hero dan mengambil kesempatan politik.
Menerusi satu artikel dari portal perhubungan PAS Terengganu yang bertajuk : (Kes Kampung Tanjung Paya : Kalau tak boleh selesai, beri kepada PAS perintah) merujuk kenyataan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu cuba menunding jari dan meletakkan kesalah pada kerajaan, walaupun kes ini telah di selesaikan oleh pihak Kerajaan Negeri.
Tuduhan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim di ibaratkan Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak
Tuduhan Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim di ibaratkan Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak
Jika merujuk kepada tajuk yang di buat supaya “Beri kepada PAS perintah” kawasan yang berlaku ini merupakan DUN bandar milik PKR, Azan Ismail dan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, apa yang mereka buat untuk membantu?
Adakah Adun dan Ahli Parlimen ini ada membawa perbincangan dengan pemilik tanah tersebut, walaupun perkara ini boleh di bawa berunding tanpa melibatkan kerajaan negeri?
Tetapi perkara ini telah di ambil inisiatif oleh kerajaan UMNO untuk menyelesaikannya malahan sanggup berunding dengan pemilik tanah bagi pengambilan balik agar mempunyai jalan laluan kereta kepada penduduk.
Tidak perlulah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim nak jadi hero sedang Adun dan Ahli Parlimen mereka sendiri entah kemana, akhirnya UMNO yang bekerja untuk rakyat.
TAG