Hasil Tarbiyah PAS... 2 Lagi Join DAP...

Dua aktivis pemuda PAS telah menyerahkan borang keahlian menyertai DAP dalam satu majlis majlis buka puasa anjuran Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng semalam, lapor roketkini.
Mereka adalah Zulhazmi Shariff dan Mohd Shubihi Md Zain.
Zulhazmi merupakan peguam PAS yang pernah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat semasa zaman Suhaizan Kayat menjadi ketuanya.
Manakala Mohd Shubihi adalah aktivis pemuda PAS Kedah dan pernah menjadi pegawai khas kepada bekas Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.
“Walaupun aktivisme mereka berlatarbelakangkan Islam politik, mereka sedar bahawa DAP adalah parti demokratik sekular yang memperjuangan hak semua rakyat tanpa mengira gender, kaum dan agama,”lapor organ DAP itu.
Borang keahlian Zulhazmi diserahkan kepada Lip Eng, manakala borang keahlian Mohd Shubihi diserahkan Pengerusi DAP Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.
Selain dua aktivis politik tersebut, remisier pelaburan saham, Syed Hidayat Syed Hassan, turut menyertai DAP.
Hadir sama di majlis tersebut adalah Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San, Penyelaras Inisiatif Impian Kelantan, Young Syefura (Rara) dan Ahli Majlis DAP Selangor, Mohammad Samad.
TAG