Kesediaan Pemain Import Untuk Mewakili Malaysia - Warga Negara

Vincent Bikana (tengah) bersama Zubir Azmi ketika mewakili Pilihan Malaysia lawan Liverpool.
JIKA saya dapat menjadi rakyat Malaysia, saya mahu bermain untuk pasukan Malaysia dan membantu pasukan dengan sedaya upaya saya”.
Itu pengakuan ikhlas diterbitkan pemain import Terengganu, Vincent Bikana yang sedia mewakili skuad Harimau Malaya sekiranya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu mengambil pemain naturalisasi.
Bikana bersama penjaring gol tunggal Pilihan Malaysia Patrick Ronaldinho.
Menurut Bikana, sepanjang menjadi pemain bola sepak Terengganu, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) terutama Pengurusan Pasukan Liga Super telah melayan, menjaga dan membantunnya dengan begitu baik.
“Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan PBSNT. Baru-baru ini, saya dikaitkan dengan isu naturalisasi.
“Untuk makluman, saya berminat  jika boleh mendapat kerakyatan sebagai rakyat Malaysia. Sejujurnya saya ingin menghabiskan karier bola sepak di Malaysia terutamanya di Terengganu,” katanya gembira dipanggil menyertai skuad Pilihan Malaysia menentang bekas juara Eropah, Liverpool baru-baru ini.
Semalam, media tempatan melaporkan FAM akhirnya membuat pusingan U berkaitan pengambilan pemain naturalisasi apabila tampil menyatakan kesediaan untuk membenarkan pemain import menyarung jersi Harimau Malaya. -Sinar Harian
TAG