Ketua Pemuda PAS Marang Label MAT REMPIT adalah SEORANG Yang JAHIL AGAMA

Sulaiman Sulong
Ketua Pemuda Kawasan Marang  Sulaiman Sulong yang juga merangkap Pengerusi MTD pengkalan Berangan semalam telah membuat satu kenyataan yang menghina MAT REMPIT Seluruh Terengganu dengan menyatakan berLUMBA dan MEREMPIT di bulan Ramhdan adalah seorang MANUSIA yang sangat JAHIL AGAMA.

Perkara ini juga turut diviralkan oleh angkatan SEMUT HIJAU mereka yang mana turut menghentam MAT REMPIT Terengganu yang sama nada dengan Ketua Pemuda Pas Marang dan kebiasaannya mereka (Mat Rempit) melakukan aktiviti seperti itu setiap minggu atau bulan di stadium Gong Badak.

kata-kata yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS MARANG
Dengan mengadakan SPRINT TEST Motor 2015 dibulan Ramahdan adalah satu KEJAHILAN berlaku kepada mereka yang meminati sukan permotoran ini. 

Turut telibat sama Menteri Besar Terengganu Yab Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang mana telah melawat dan beramah mesra dengan anak-anak muda yang meminati sukan pemotoran itu di perkarangan stadium Gong Badak malam semalam.

Ahmad Razif juga dilebalkan seorang MB yang menghina bulan Ramadhan kerana telah bersama anak-anak muda dan bersahur bersama di Stadium Gong Badak pada ketika ITU.

PAS hanya melihat skop DAKWAH itu dengan hanya pergi ke MASJID dan SURAU dan pemikiran JUMMUK mereka tidak melihat dengan mendekati golongan ini juga sebagai DAKWAH untuk anak-anak muda tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan diri mereka dan juga orang ramai.

Semasa ramah mesra itu Ahmad Razif telah memberi beberapa ucapan nasihat dan tazkirah kepada mereka supaya mereka tidak hanya alpa dengan sukan bermotor, tetapi juga tidak lupa kepada tanggungjawab mereka kepada ibubapa, sebagai belia yang perlu berbakti kepada negeri dan lebih utama tanggungjawab sebagai seorang UMAT ISLAM.


Program-program sebeginilah sepatutnya lebih banyak di anjurkan agar anak-anak muda bermotor ini tidak di biarkan berpeleseran tanpa arah tujuan seterusnya mengundang lebih banyak masalah sosial. 

Inilah keprihatinan seorang Menteri Besar, dalam mendidik tidak semestinya sesebuah program hanya diadakan di surau atau masjid, tetapi perlu dipelbagaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Ketua Pemuda PAS Marang ini perlu melihat diluar TIN MILO mereka dan melihat lebih kehadapan serta menilai apa yang di kata itusebagai penghina an terhadap orang lain.

Orang yang suka mencaci seorang muslim, semua amal kebaikan yang dilakukannya akan sia-sia. Seperti disebutkan dalam sebuah hadis, “Rasulullah SAW ditanya, “Wahai Rasulullah, jika ada seorang wanita yang melakukan shalat malam, siang harinya ia berpuasa, tetapi ia menyakiti tetangganya dengan lisannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Tiada kebaikan sedikitpun dalam amal perbuatannya, dan ia kelak akan masuk neraka.” (HR. Al Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad)

Program tersebut yang bermula Jam 2.30 pagi ini mungkin adalah masa bagi ketua pemuda PAS ini sedang tidur, enak dibuai mimpi-mimpi indah, tetapi bagi seorang Menteri Besar yang memahami akan minat anak-anak muda di Terengganu, ini adalah masa untuk beliau bersama belia-belia bermotor ini. Mencari sebuah pendekatan bagi mengurangkan gejala sosial Mat Rempit serta perlumbaan haram di Terengganu.

Adakah salah ,berdosa dan JAHIL bagi seorang pemimpin utama negeri memahami jiwa anak muda? 

Dibawah ini kata-kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Terengganu:-

{ Berhubung dgn program sahur bersama MB, jika saya ditempat MB pun, saya pun mungkin akan ambil langkah yg sama mendekati Mat Rempit. Tiada masalah. Malah saya puji.

Dakwah mesti dengan mendekati.}

Ahmad Amzad Hashim, Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu


-kulihatlangitbiru.com


TAG