Malaysia Berada Dalam Senarai Negara-Negara Terbeban Hutang- Mana Tony Pua

DALAM keghairahan masyarakat kita mempercayai bulat-bulat laporan media asing, maka silalah beri perhatian kepada laporan akhbar terkenal di England, The Guardian kelmarin yang mengesahkan bahawa Malaysia tidak termasuk dalam kalangan negara yang terbeban dengan hutang negara dan hutang kerajaan.
Laporan berdasarkan kepada analisa yang dijalankan sebuah badan penyelidik berpengaruh, Jubilee Debt Campaign itu menyenaraikan 20 negara di dunia (selain Greece) yang menghadapi masalah dari hutang negara, tak payah penulis senaraikan satu persatu kerana yang penting,  Malaysia BUKANLAH salah satu daripadanya.
Rakyat boleh menerima laporan ini kerana kajian itu dibuat berdasarkan situasi hutang dan kemampuan membayar hutang semua negara di dunia, bukam Malaysia semata-mata.  Tak macam laporan WSJ, Sarawak Report dan sebagainya.
Sebetulnya, tak payah laporan ini pun kita tahu bahawa hutang negara di Malaysia masih dalam keadaan terkawal.  Jiran kita, Singapura, mempunyai jumlah hutang negara yang jauh lebih besar pun tidak menghadapi risiko seperti mana yang berlaku di Greece, apatah lagi kita.
Isunya sekarang bukan berapa banyak hutang, tapi kemampuan untuk membayar balik.  Untuk menentukan perkara ini, banyak faktor perlu diambil kira, bukan satu faktor sahaja.
Apa pun, self declared pakar ekonomi seperti Tony Pua patut malu dengan fakta ini kerana ia mematahkan hujahnya selama ini yang mendakwa hutang negara yang tinggi di Malaysia bukti kepimpinan YAB Perdana Menteri tidak pandai menguruskan ekonomi.
Mereka saja yang pandai, kononnya.  Ekonomi di Pulau Pinang dan Selangor pun tidak boleh nak dimajukan (kalau handal sangat), nak cerita pasal ekonomi negara pulak lagi.
Kalau ada akal, Tony Pua sepatutnya sudah bersedia dengan hujah untuk mematahkan fakta yang diberikan The Guardian dan bertanya kenapa Malaysia tidak ada dalam senarai.  Tapi sudah beberapa hari sejak berita tersebut tersiar, masih tidak ada kenyataan balas dari Tony Pua sendiri.
Lagi hero kampung saja, nak sergah media antarabangsa macam mana?
TAG