PAS Hina Razif dan Kerajaan yang Memakmurkan Islam di Bumi Darul Iman

Dalam Prinsip Ke 2 Transformasi Terengganu Baharu "Masjid Dan Surau" yang dibawa oleh Yab Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah membuke ara baru pada pentadbiran negeri yang mana  telah menampakkan hasil dengan pendekatan yang dibawa.

Pada 31 Julai ini, MB Razif mengadakan Program Anak Muda Geng Masjid Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu (Masjid Ladang).

Program mengimarahkan masjid ini, adalah antara teras Program Transformasi Terengganu Baharu yang diperkenalkan oleh YAB Datuk Ahmad Razif selari dengan Program Transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun usaha murni ini telah diperlekehkan oleh Pas Kuala Terengganu melalui laman media sosial mereka. Timbul persoalan apakah selama ini, keseluruhan program PAS bermotifkan politik semata-mata? Adakah mana-mana program yang tidak mempunyai nilai keuntungan politik maka ianya amat merugikan bagi PAS itu sendiri.

Mungkin betul kenyataan Mat Sabu baru-baru ini bahawa PAS tidak relevan lagi. 

Malah ianya disambut oleh sayap parti PAS, Kelab Penyokong PAS yang mana 100% ahlinya bukan Islam yang telah membuat tindakan drastik memutuskan hubungan usahasama antara Kelab dan Parti PAS ini.

Mungkin presiden Kelab tersebut telah menyedari bahawa PAS hanya mempergunakan mereka untuk tujuan politik semata-mata.

Untuk makluman, kini sudah masuk tahun kedua pentadbiran MB Razif di Terengganu. Mereka dapat melihat bahawasanya beliau merupakan seorang yang cukup berwibawa dengan pasukan yang cukup mantap dalam mendengar segala keluh kesah rakyat.

MB Razif mampu turun ke bawah untuk bersama rakyat. PAS tahu bahawa ini memberi impak yang besar kepada rakyat.

Di bawah ini merupakan kata-kata nista PAS terhadap usaha mengajak anak muda ke masjid anjuran MB Terengganu :-
UMNO cuba meniru PROGRAM ANAK MUDA GENG KITE
PAS sudah lama bergerak dengan program sebegini melalui Anak Muda Geng Kite {Malaysia & Indonesia} hari ini mereka baru sedar bahawa program mengajak anak muda ke masjid, ini hanyalah permainan politik UMNO untuk menarik golongan muda mengundi mereka, walaupun hati mereka hitam dengan dengan agama tapi cuba bermuka-muka.. ANAK MUDA SUDAH TOLAK UMNO!! tidak usahlah membazir duit rakyat dengan program sebegini untuk menarik undi semata-mata… semuanya palsu
pas kuala terengganu
Buat renungan kita bersama, hanya iblis sahaja yang menghalang kita ke masjid. Fikir-fikirkanlah…
- sumber