Terkini MH370 :: Pakar Francis Percaya itu MH370

Pakar Percaya Serpihan MH370
Seorang pakar penerbangan Perancis percaya beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014.

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan.

“Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan,” katanya kepada The Telegraph. “Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 – pesawat yang sama seperti MH370.
“Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. “Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan,” katanya.

Sementara itu menurut laporan dari portal online, ada tiga kemungkinan mengenai serpihan yang dijumpai

An investigation was opened to determine the origin of the flight track. No track is currently preferred . Three hypotheses are nevertheless mentioned:
A debris from the crash of a twin-engine occurred May 4, 2006 close to the southern coast of the island.

A fragment of the flight MH370 Malaysia Airlines reported missing in the Indian Ocean in March 2014.

A piece of the A310 of Yemenia crashed off the Comoros in June 2009.

Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih mencari-cari jawapan.

Tv14

TAG