Ahmad Amzad Hashim Mula Gelisah Dengan Kisah Lama - Rosakkan Gadis


“Biarlah orang taknak cakap pun, saya nak cakap juga...” Ahmad Amzad Hashim, Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu.



Amzad oh Amzad, tidak salah kalau nak bercakap, tetapi kalau percakapan tersebut menunjukkan kedangkalan diri  sendiri ada baiknya berhenti bercakap.

Amzad di dalam sebuah artikelnya di media rasmi badan perhubungan PAS negeri Terengganu hari ini menzahirkan rasa hairan dan peliknya kepada UMNO Terengganu yang dipimpin oleh YAB Menteri Besar, yang bersungguh-sungguh menunjukkan sokongan kepada DS Najib Razak.



Persoalannya, mengapa tidak? Sedangkan Presiden PAS, Hadi Awang sendiri juga menyatakan sokongannya terhadap DS Najib Razak. Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media Mei lalu menyokong supaya Najib Razak diberi peluang menerajui negara sehingga tamat penggalnya.



Malah Hadi Awang turut menegaskan, segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib mestilah dikemukakan bukti dan saksi. “Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil,"



Mursyidul Am PAS, Datok Harun Din juga bersependapat dengan Hadi Awang dalam hal ini. Maka, akan perenggan apakah yang Amzad tidak faham dan bebal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS serta Presiden PAS sendiri?



Bukankah Amzad sepatutnya terlebih dahulu mengarang artikel menyatakan peliknya kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang pada hari ini juga berdiri menyatakan sokongan kepada Najib sebelum mempersoalkan ahli UMNO sendiri?



Menerima sejumlah wang adalah untuk kegunaan parti. Sebagai seorang pemegang amanah dalam parti, tidak ada masalah bagi Najib menguruskan wang tersebut yang mana transaksinya diketahui jelas oleh Bank Negara dan bebas dari unsur-unsur penyelewengan.



Sepertimana PAS yang mendapat dana politik setiap kali berlangsungnya ceramah sepanjang tahun dengan menadah tabung dan karung meraih derma dari penyokong tanpa orang awam mengetahui berapa besarkah jumlahnya, tidak ada sebab UMNO juga perlu mendedahkan secara terperinci nilai transaksi yang berlaku dalam dana politiknya. Cukuplah sekadar Amzad tahu UMNO mempunyai dana sejumlah RM2.6 billion bagi menguruskan parti. Itu yang Amzad tahu, yang dia tak tahu mungkin lebih banyak lagi malah tak perlu didedahkan melainkan kesemua parti politik bersetuju mengishtihar dana politik yang diterima parti masing-masing.



Sebagai seorang penulis, Amzad sepatutnya banyakkan membaca dan mencari sumber. Jika Amzad merasakan derma sebanyak RM 2 billion kepada Najib merupakan sebuah rekod dunia, Amzad belum mengenali seorang putera hartawan bernama Alwaleed bin Talal yang menderma hartanya berjumlah RM120 billion kepada badan-badan kebajikan. Nah... derma sebegini barulah boleh ditakrifkan sebagai REKOD DUNIA.



Persoalan-persoalan yang cuba menimbulkan persepsi di dalam penulisan Amzad tidak perlulah dijawab yang antaranya menulis “apa perjanjian rahsia antara DS Razif dgn DS Najib disebalik perlantikannya sebagai MB? Ada kepentingan negeri Terengganu yg sudah tergadaikah? Ada rezab minyak yg sudah dicagarkah? Ada royalti minyak yang sepatutnya milik Terengganu telah dibayar kepada pihak lain kah? Ada dokongan kpd akta tertentu yg mencabar kedaulatan tanah dan perairan Terengganu kah?”



Sebagai lidah rasmi parti Islam, ada baiknya Amzad mengelak dari mencetus persepsi sedemikian kerana ianya bisa mengundang fitnah.



Persoalan-persoalan tersebut akan berevolusi sebagai gossip dan tuduhan yang menjadikan persoalan Amzad berubah menjadi fitnah seperti “ADA perjanjian rahsia antara DS Razif dgn DS Najib disebalik perlantikannya sebagai MB!!kepentingan negeri Terengganu sudah tergadai!! Rezab minyak sudah dicagar!! Royalti minyak milik Terengganu telah dibayar kepada pihak lain!!”  Dan selanjutnya.



Dah tentulah bagi Amzad, persepsi seseorang bukan masalah beliau. Namun hakikat penulisannya bak lidah syaitonnirrajim tidak dapat diselindung dengan kata-kata yang diatur rapi bagi mengelakkan diri didakwa, malah lebih buruk kerana melontar penulisan hina sebegitu rapi agar disambut golongan totok bodoh yang kelak menafsirkan persoalan itu sebagai perkara yang sebenar.



Muhasabahlah sedikit saudara Amzad, hormatilah presiden parti. Jangan pula kamu ini terhidu sebagai salah seorang gerakan dalam diam yang sedang membawa sentimen Gerakan Harapan Baru di Terengganu. Tatkala presiden kamu dihina DAP setiap hari kerana menyatakan sokongan terhadap Najib, kamu pula seperti bersama mereka... tidakkah kamu ini lebih pelik?
[18:32, 10/08/2015] Raja Faisal: Tambah sikit

Amzad juga perlu tahu dari mana sumber kewangan untuk Haji Hadi guna pada Muktamar PAS yang lepas kerana PAS berpecah kepada Dua yang menyokong Dato' Seri Haji Hadi dan kumpulan pro DAP yang di ketuai Mat sabu dan Ahmad Awang.

Bagi kumpulan pro DAP ini mereka mempunyai DANA yang besar daripada DAP bagi memastikan Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang jatuh dan menaikkan golongan bukan ulama yang pro DAP, kerana kini DAP secara terang-terangan Menghentam dan cuba memecah belahkan Parti Islam.

Dana Derma yang di terima Najib adalah untuk membantu orang-orang melayu dan islam tetapi ramai yang menghentam kerana tidak selidik terlebih dahulu, Haji Hadi memberi sokongan kepada Dato' Seri Najib dalam hal ini kerana beliau tahu apa yang di lakukan oleh PM adalah untuk membantu parti-parti islam dan bumiputera daripada campur tangan daripada negara asing yang sentiasa cuba untuk menjatuhkan negara Malaysia.

Jangan meletakkan sebarang spekulasi atau fitnah terhadap Perdana Menteri sebelum menyiasat dan fitnah yang cuba memberi gambaran supaya rakyat membenci dengan meletakkan persoalan ada rezab minyak yang sudah di cagarkan? Adakah royalti minyak yang sepatutnya milik Terengganu telah di bayar kepada kepada pihak lain? Adalah sesuatu tuduhan yang berat dan fitnah tanpa bukti.

PAS dan UMNO sudah tidak kuat kerana terdapat perancangan teliti DAP untuk menjatuhkan kuasa politik Islam di Malaysia, dan dalam PAS sendiri pun sudah boleh di lihat makin ramai parasit-parasit yang mula meninggalkan jemaah dan mengikut telunjuk DAP.

Dan jangan Ahmad Amzad ini pula yang menjadi sebahagian daripada mereka yang menfitnah dan memburukkan lagi keadaan sampai masa Kedua-dua Parti Politik yang di kuasai orang melayu dan islam ini berkubur di kuasai oleh bukan islam.
TAG