JELAS Kebodohan Seorang MP Terengganu?

IMG_20150818_094113Kenyataan Media Ahli Parlimen(AP) Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri yang disiarkan dalam pelbagai medium media sosial semalam dimana menunjukkan kecetikkan akal seorang AP yang berjuang atas tiket Islam.

Beliau beranggapan cadangan Yab Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman Menteri Besar Terengganu merangkap Adun Seberang Takir itu akan membuat rakyat Seberang Takir akan berubah haluan sokong dan secara tidak langsung akan menyokong PAS.

Dalam kenyataannya yang berniat jahat dan menghasut rakyat telah menyatakan rakyat dun Seberang Takir akan kehilangan tanah beratus ekar kerana pembangunan atau projek yang hendak dijalankan seperti kerteh dan paka.

Kenyataan AP Kuala Nerus

“Apakah tujuan sesebuah pembangunan dilakukan di sesebuah kawasan? Tentulah untuk kebaikan rakyat yang mendiami kawasan tersebut. Namun, apabila projek industri petroleum dilaksanakan tentulah pengambilan tanah rakyat orang kampung yang beratus ekar akan diambil secara paksa menggunakan Akta Tanah Negara.”

Kenyataan di atas amat memalukan apabila seorang pemimpin yang meluahkannya dan boleh di sifatkan seorang pemimpin yang pendek akal tambahan pula beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan secara tidak langsung akan menjadi jenaka kepada rakyat yang menilainya.



Adakah ahli parlimen PAS ini tidak tahu bahawa akan wujudnya sebuah bandar baru yang kini rancak di bangunkan ‘Kuala Terengganu City Center’.

Cadangan daripada Ahmad Razif adalah untuk membuka peluang pekerjaan dan perniagaan yang berasaskan petroluem serta gas di kawasan itu.

Dengan kepelbagaian aktiviti perniagaan dalam sektor pekerjaan serta dan secara langsung akan menaikan taraf ekonomi penduduk Seberang Takir dan kawasan sekitarnya..


Kerajaan negeri membuat kajian dan beberapa cadangan telah di kemukakan seperti mengadakan tempat simpanan bekalan minyak untuk supply(bekalan) ke lapangan terbang itu  apabila siapnya nanti Hub Kargo Terengganu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Sudah tentu produk dari petroleum (minyak) akan meningkat dan kegunaan serta permintaan berskala besar akan berlaku.

Disamping itu juga Pulau Duyang akan menjadi tempat pelabuhan kapal-kapal yang membawa stok bekalan dari hasil petroleum dan gas yg digunakan dan akan disalurkan menggunakan paip terus ke lapangan terbang tersebut.

Secara tidak langsung ia kan membuka banyak peluang pekerjaan untuk  rakyat Kuala Nerus dan kawasan sekitarnyan nanti.

Bahkan bukan sahaja peluang perkerjaan yang berkaitan petroleun dan gas, sektor pelancongan juga akan turut memainkan peranan meningkatkan pendapatan penduduk di masa akan datang nanti.

Ahli parlimen Kuala Nerus ini lebih rela menolak pembangunan daripada melihat Kuala Nerus terus membangun yang dapat memberi manafaat kepada rakyat, bagi Dato’ Seri Ahmad Razif amat peka kepada keperluan dan usaha bagi membangunkan negeri Terengganu dan tidak akan membiarkan rakyat ditindas[a] dan diabaikan.

Tugas seorang Menteri Besar Amat berat bagi beliau untuk menunaikan amanah yang di beri bagi memastikan peluang pekerjaan, pembangunan negeri dan keperluan rakyat sentiasa mengikut kehendak rakyat bertepatan dengan slogan ‘Kecil bagi Kita Besar Bagi Rakyat’.

Yang sebenarnya Ahli Parlimen Kuala Nerus ini lebih mementingkan kedudukannya berbanding rakyat kerana beliau tahu dengan pembangunan yang akan di lakukan rakyat akan berterima kasih kepada Kerajaan yang membantu mereka.
TAG