MB Terengganu Rakam Ucapan Takziah Kepada Keluarga MH370


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ini berikutan pengesahan kepingan sayap yang ditemui di pesisir pantai Pulau Reunion di Lautan Hindi milik pesawat malang itu.

"Saya bagi pihak seluruh kepimpinan kerajaan negeri serta seluruh rakyat Terengganu mengambil peluang untuk mengucapkan takziah kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu.

"Jadi penemuan serpihan bangkai itu sekurang-kurangnya mampu melegakan ahli keluarga terlibat mengenai apakah status yang terjadi kepada penumpang dan kru MH370," katanya.

Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, pada 8 Mac tahun lepas.

-- BERNAMA
TAG