PAS Terengganu TIADA Isu Nak Di Mainkan - Hanafiah Mat



Keratan akhbar Sinar Harian hari ini telah menyatakan akan ada Adun BN Terengganu akan keluar parti dan berada dalam BEBAS.

Kenyataan itu dibuat oleh Adun Chukai Hanafiah Mat merangkap Lujnah Perpaduan Nasional Pas ada beberapa Adun BN/UMNO akan meninggalkan parti untuk menjatuhkan kerajaan Terengganu dan juga Pusat.

Pendedahan Hanafiah kononnya akan berlaku pertukaran kerajaan negeri Terengganu adalah hampir mustahil ekoran pergolakan dalaman yang sedang berlaku di dalam parti PAS sendiri.

Kepimpinan PAS Terengganu juga dikatakan semakin gusar apabila Parti Baharu yang akan diterajui oleh Mat Sabu bakal menembusi serta meraih sokongan di Terengganu September nanti.

Dalam lawatan Mat Sabu ke Terengganu baru-baru ini, jangkaan PAS yang mengatakan siri roadtour tersebut akan gagal, ternyata meleset apabila jumlah hadirin yang menghadiri program tersebut melebihi 4 ribu pengunjung. Kebimbangan serta  kegundahan yang tak tentu arah mungkin merupakan antara faktor yang menyebabkan Hanafiah cuba mengalihkan isu.

Kenyataan Hanafiah yang enggan mendedahkan identiti ‘pihak tertentu’ dilihat sebagai mengada-adakan cerita yang tidak benar, ‘takdok idea’ dan disifatkan sebagai cuba menutup perpecahan dalaman yang berlaku di dalam parti PAS.

Ini lebih-lebih lagi apabila semua ADUN dari Barisan Nasional telah berikrar menyatakan sokongan kepada kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri  Ahmad Razif Abd Rahman.

Allah berfirman, maksudnya:-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].
Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.


Disaat penerimaan rakyat kepada kerajaan Terengganu melalui Transformasi yang dibawa oleh YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Menteri Besar ketika ini banyak cubaan-cubaan untuk mengagalkannya terutama datangnya dari PAS yang sememang tidak pernah senang melihat BN menguasai rakyat khasnya Terengganu.
TAG